View: 38691|Reply: 5
|
Crowdstrike: 1,400 penerbangan dibatalkan, sektor perbankan, kesihatan dan perniagaan terjejas
[Copy link]
|
|
Masalah pada sistem komputer di seluruh dunia menyebabkan 1,400 penerbangan dibatalkan, manakala sektor perbankan, kesihatan dan premis perniagaan turut terjejas.
Firma siber sekuriti Crowdstrike menyatakan, ‘kerosakan’ pada salah satu kemas kini perisiannya telah menjejaskan sistem pengoperasian Windows.
Pembaikan telah dilakukan, kata syarikat berkenaan, tetapi ia akan mengambil masa sebelum sistem komputer kembali pulih dan beroperasi.
Majoriti pusat perubatan termasuk pembedahan di England mengalami masalah, begitu juga di tempat-tempat lain di serata dunia.
Selain penerbangan, pengangkutan awam lain seperti kereta api dan komuter turut terjejas termasuk di Britain.
Sumber: Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
yang kat airport tu boleh la amik kesempatan buat keje tepi kan...macam tak biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada yg terlepas masuk tak reti keluar mcm dulu sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Bill Gates tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh claim pampasan tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|