View: 25698|Reply: 4
|
Lelaki miliki pistol mainan ditahan, buat onar di jalan raya
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan mengacu pistol sehingga mencetus panik kepada pengguna jalan raya lain ditahan.
Kejadian berlaku di Bulatan Ladang, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek.
Suspek, berusia 26 tahun, berasal dari Ranau, Sabah ditahan Polis Daerah Kuala (IPD) Kuala Terengganu, jam 1.30 petang tadi.
Polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan motosikal jenis Honda C70.
Hasil ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Suspek memberitahu polis, pistol yang dirampas itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran bulatan ladang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.
Sumber : BuletinTV3
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
Taik dadih rupanya. Kalo Tau dia pki pistol mainan harus kena belasah kat tmpt kejadian. alasan utk mempertahankan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Nak ke bulan ke bintang mereput sorang2 ajelah. Jangan ganggu ketenteraman awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Babi taik dadih ni mesti tgh fefeling Tom Cruise atas motor dlm Mission Impossible |
|
|
|
|
|
|
|
Isi angin tayar depan tu bang!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|