View: 23901|Reply: 38
|
DAP Tidak Pernah Tentang Program Islam, Malah, Mereka Sangat Berhati-Hati Terhadap Perkara 153 Dalam Perlembagaan" - Ahmad Zahid
[Copy link]
|
|
NIBONG TEBAL: DAP tidak pernah menentang mana-mana program berkonsepkan Islam yang dibentang dalam Jemaah Menteri, malah parti komponen yang berada di bawah Kerajaan Perpaduan itu menghormati apa jua yang ingin dilaksanakan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata banyak dakwaan mengatakan Melayu dan Islam di bawah kerajaan MADANI kini terancam, sedangkan jika dilihat di bawah negeri pimpinan DAP, khususnya Pulau Pinang tetap melaksanakan banyak program memanfaatkan umat Islam.
Katanya, ini terbukti dengan pelaksanaan Program PraTahfiz yang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang sama sekali tidak ditentang DAP.
"Kita harus mengetahui DAP yang menjadi rakan kita di dalam Kerajaan Perpaduan tidak pernah menentang sekalipun, terhadap program ini apabila saya bentangkan di dalam perbincangan Jemaah Menteri.
"Malah, mereka sangat berhati-hati terhadap Perkara 153 dalam Perlembagaan, iaitu kedudukan agama Islam, hak orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program PraTahfiz Peringkat Negeri Pulau Pinang di Bukit Panchor, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, beliau berharap soal Islam terancam tidak dijadikan isu terutamanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
Beliau berkata, program PraTahfiz yang melibatkan 10,843 TABIKA dan TADIKA di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dis eluruh negara itu menekankan soal pengajaran ayat-ayat Al- Quran termasuk ibadah solat.
"Selain pengajaran ayat-ayat Al-Quran, program ini memberi penekanan terhadap ibadah yang lain termasuk (ibadah) solat dan ini (pendidikan awal) yang kita (perlu) lakukan.
"Insya-Allah, menjelang tahun 2026 akan terdapat kira-kira 150,000 pelajar atau anak-anak di TABIKA dan TADIKA KEMAS yang akan mengikuti kelas pratahfiz ini," katanya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu 15-20 thn nnti kita tgk samada statement ko ni valid ke tak valid lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
No ph no dap.
Melayu mudah lupa.
Zahid mudah lupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
agak agak PRU 16 nanti macam mana ?rasanya PN tak perlu berjanji macam2
orang akan auto undi mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak masuk silibus mengenali jawi 1@2 muka surat dlm buku teks, DAP dah meroyan macam babi.... Tu kau kata DAP tak kacau hal agama Islam??? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia punya sembang. Padahal berpuluh² tahun dok meratib DAP tak sudah². Baru setahun kahwin terus wangi jer DAP tue. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu musuh
Sekarang tido sebantal
Jaga2 takut kena 'tikam' masa tido |
|
|
|
|
|
|
|
Muka pun dh lain ontua ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah jadi jurucakap dapig plk wak ni ...bila nak kuar umngok then isi borang dap?, nak tgok sejauh mna lks blh terima ko ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
Amat Maslan kata ada yang bersumpah takkan sokong abang non jadi PM.. Setakat sumpah boleh langgar mcm tu aje... Apa lagi nak dikata....... |
|
|
|
|
|
|
|
ujung2 jadi macai jer la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk sini sekadar mahu drop komen, CELAKA. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 3-7-2024 01:45 AM
agak agak PRU 16 nanti macam mana ?rasanya PN tak perlu berjanji macam2
orang akan auto undi mere ...
Melayu je lah yg undi PN. Lgpn melayu dh berpecah belah byk parti. |
|
|
|
|
|
|
|
yang buat pecah undi PRU 15 ni tun.sebab dia setup parti baru.
Tengku Razaleigh pun kalah.
Pemuda MCA tu i tak tahu macam mana ketua dia perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Janji tu laku untuk orang yang either atas pagar atau terdesak. Untuk mereka yang memilih prinsip, janji tu tak penting.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|