CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8414|Reply: 46

[Tempatan] Soalan Tingkatan 3 macam tahap diploma didakwa punca pelajar takut ambil Matematik Pengguna

  [Copy link]
Post time 21-6-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Soalan Tingkatan 3 macam tahap diploma didakwa punca pelajar takut ambil Matematik Pengguna
Oleh AMNAN HIBRAHIM
Khamis, 20 Jun 2024 4:56 PM MYT

Tangkap layar soalan latihan bagi subjek matematik yang disediakan untuk pelajar Tingkatan Tiga. — Facebook

SEPERTI diketahui, isu kemerosotan minat pelajar terhadap subjek Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di peringkat sekolah sememangnya merupakan suatu masalah membimbangkan bagi pendidikan negara.

Perkara itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kekhuatirannya terhadap isu tersebut.

Menerusi ucapannya di Dewan Rakyat, situasi tersebut sekiranya tidak ditangani berpotensi memberikan kesan buruk terhadap negara termasuk berdepan keadaan kekurangan tenaga mahir termasuk jurutera.

Dalam pelbagai usaha digerakkan kerajaan mengatasi perkara tersebut, terdapat pelbagai masalah ditimbulkan mengenai pengajaran subjek berkaitan STEM.


Pada Rabu, tular mengenai isu melibatkan satu soalan latihan subjek matematik bagi pelajar Tingkatan Tiga yang disifatkan agak 'tidak berguna' sehingga membebankan pelajar.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna Facebook, Amirul Faiz yang juga seorang tenaga pengajar luar bagi subjek Matematik.

Menerusi foto dikongsikan, soalan latihan di bawah tajuk Matematik Pengguna itu meminta pelajar mengira jumlah faedah perlu dibayar pengguna dalam satu pinjaman pembelian rumah.

"Sebab itu tajuk Matematik Pengguna Tingkatan Tiga ini adalah tajuk yang paling tak berguna di dalam Matematik sekolah menengah kerana pengiraan bayaran balik pinjaman, ansuran bank, kad kredit, ROI (pulangan pelaburan) bukanlah fundamental.

"Soalan panjang berjela dan pelajar naik mental. Markah pula ciput (sikit) dan tak selaras langsung dengan jalan kerja. Satu markah untuk soalan beginikan ke tak patut," tulisnya.



Amirul Faiz mendakwa, tajuk bagi salah satu soalan yang tersedia di bawah latihan berkenaan turut menjadi punca menyebabkan ramai pelajar kurang minat dengan subjek matematik termasuk matematik tambahan.

"Nasib baik pelajar tanya walaupun hati menyirap. Tulisan saya makin buruk di gambar ketiga sebab marah ya amat. Kalau dah markah cuma diperuntukkan empat markah, baik tak perlu buat sebab buang masa baca soalan apatah lagi nak menjawab.

"KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) ni patut direhatkan juga dari membuat silibus, bukan sebab bawa hadis daif, tapi pemikiran yang daif," ujarnya.


Menerusi foto dikongsikan, soalan latihan itu dipercayai diambil daripada buku latihan yang disediakan oleh penerbit buku swasta.

Setakat laporan ini ditulis, perkongsian itu sudah mendapat lebih 1,100 tanda suka dan 1,400 perkongsian.

Rata-rata daripada warganet turut berkongsikan pandangan mereka berhubung soalan tersebut yang disifatkan cukup sukar untuk dijawab oleh pelajar.

"Subjek diploma saya dulu ni. Managerial Cost Financing (MAF)," tulis Nuoi.

"Sikit betul markah. Subjek ni macam nak ambil diploma hartanah," kata Ayu Ahmad.

"Tak cukup masa, nak baca dan faham, nak buat jalan kerja. Markah sikit. Tak berbaloi," ujar Hafizah Musa. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Menerusi ucapannya di Dewan Rakyat, situasi tersebut sekiranya tidak ditangani berpotensi memberikan kesan buruk terhadap negara termasuk berdepan keadaan kekurangan tenaga mahir termasuk jurutera.

Paling penting tolong revise gaji.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:34 PM | Show all posts
soalan ni kalau bagi kat budak pandai dan yang suka berfikir, tidaklah susah sangat.

tapi yang komplen tu harus la malas nak fikir kan?. haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan kerja sikit punya pnjang, markah 1..mmg babi yach
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-6-2024 06:44 PM

Soklan mikir2 jah markah kedekut serupa gaji 3000 tapi beban kerja gaji 6000
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
yenil95 replied at 21-6-2024 04:34 PM
soalan ni kalau bagi kat budak pandai dan yang suka berfikir, tidaklah susah sangat.

tapi yang komp ...

Macam inilah agaknya mentaliti KPM. Awal-awal lagi sudah cop orang tidak bersetuju dengan mereka sebagai malas berfikir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya tulisan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:11 PM | Show all posts
yenil95 replied at 21-6-2024 08:34 AM
soalan ni kalau bagi kat budak pandai dan yang suka berfikir, tidaklah susah sangat.

tapi yang komp ...

Dan cikgu yang pandai memudahkan pembelajaran, kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 05:12 PM | Show all posts
Tapi markah 1 je, baik buat MCQ je, tak yah tunjuk jalan kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:12 PM | Show all posts
Btw, taip je kat chatgpt, nanti chatgpt selesaikan.
Settle.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku better bagi soalan direct je. Xpayah la guna term2 yang ntah hapa2. Aku pon dah kerja & pegang duit sendiri baru la tahu pasal roi bagai. Lagipon bila masuk u subject calculus soalan dia direct. Untuk "pengguna" masuk je la ikut subject elektif yang dipilih masa form 4/5 macam prinsip akaun ke, ekonomi ke, fizik ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iolss form 3.. dia ckp dia tgk markah dl br jawap..yg markah tinggi dia bt dl..yg markah 1,2 dia jawap kemudian...Ade pernah x sempat siap dia ckp x pe sbb 1 markah je...idok ler cerdik benau...boleh la markah tidak membuat heart attack..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 01:07 AM | Show all posts
ni lebih kepada matematik kewangan.

Iols rasa kalau bebudak sekolah dah belajar subjek macam ni adalah amat baik untuk jangka panjang, sebab otak diorang masih fresh. Yang nampak susah tu sebab ayat panjang berjela je. Iols yakin cikgu2 mesti akan ajar step by step, murid-murid cuma ikut je, nanti oklah boleh jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 10:52 AM | Show all posts
cam bodoh je..xde manusia normal sebut 1 1/2 dekad dalam perbualan harian sissss

ni la namanya kbat terpaling tp mengarut, silibus negara maju pun x mengarut camnih
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 10:55 AM | Show all posts
gigih la form 3 dah kena belajar kira2 beli rumah bagai..ujung2 basic maths kelaut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pandai kira gaji je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by shida81 at 22-6-2024 11:43 AM
ina_na replied at 22-6-2024 12:47 AM
Anak iolss form 3.. dia ckp dia tgk markah dl br jawap..yg markah tinggi dia bt dl..yg markah 1,2 di ...


Ms iols amik spm dulu pn is tgk markah.. Klu setakat 1 markah iols skip je.. Klu ada ms baru tgk blk...

Btw iols rase soalan mcm ni form shd be OK.. Form 3 too early kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 12:29 PM | Show all posts
damsel_fiji replied at 22-6-2024 02:55 AM
gigih la form 3 dah kena belajar kira2 beli rumah bagai..ujung2 basic maths kelaut..

Hujung2 bila dah dewasa & bekerja, tak mampu nak beli rumah dek penangan harga rumah yg mengarut. Masa ni kira2 loan rumah yg deyols jawab tak membantu pon
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2024 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Soklan... Yg darjah 5 pun sama... Tapi ranking kelaut dalam.. p jepun Singapore lawatan kerja jalan2 makan angin je meh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36454 Replies : 51
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 4583 Replies : 8
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 56948 Replies : 83
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7509 Replies : 75
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92700 Replies : 1045
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31786 Replies : 218
Sejauh mana GIGIHNYA  korang
fahdramliSejauh mana GIGIHNYA korang
Views : 75006 Replies : 396
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32221 Replies : 173

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.080742 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list