CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3981|Reply: 51

[Tempatan] Ibu tunggal Dakwa Kena Scam, Beli Vios Terpakai 2013 Lebih RM51k dengan bulanan RM1,107.73 Tapi Pakai Seminggu Dah Jahanam.Kesian

  [Copy link]
Post time 20-6-2024 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-6-2024 08:05 AM

Tidak hanya itu, wanita yang juga ibu tunggal terbabit perlu membuat bayaran bulanan RM1,107.73 dengan kadar interest sebanyak 9%.




Ibu tunggal beli Vios Dugong 2013, pakai seminggu dah rosak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita dipercayai ditipu apabila Toyota Vios terpakai yang dibelinya pada harga RM51,790 rosak hanya selepas seminggu digunakan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bro_wong, perkara itu dikongsikan oleh penjual kereta terpakai yang dikenali sebagai Wong.

Difahamkan, wanita berkenaan menghubungi Wong untuk meminta bantuan terhadap keretanya yang rosak itu.

Susulan itu, Wong hadir ke rumah wanita berkenaan untuk memeriksa keadaan kereta terbabit sebelum membawanya ke sebuah bengkel untuk dibaiki.

Beli kereta terpakai tapi tiada waranti, pihak penjual lepas tangan
Menurut wanita terbabit, Vios yang dibelinya pada tiga bulan lalu itu tidak mempunyai sebarang waranti menyebabkan pihak penjual tidak mahu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dialami.

“Saya ada hubungi dan mesej tapi dia (penjual kereta) tak jawab. Dah pergi kedai tapi dia cakap memang tak boleh buat apa sebab tiada waranti,” katanya.

Menurutnya lagi, penjual kereta terbabit turut mendakwa kereta Toyota Vios berkenaan adalah keluaran pada tahun 2014 namun ia sebenarnya dihasilkan pada 2013.

Caj tambahan sampai RM16,790, bayaran bulanan cecah lebih RM1,000
Apa yang lebih mengejutkan, harga jualan kereta terbabit hanyalah RM35,000 namun jumlah keseluruhan menjadi lebih RM51,000 kerana caj tambahan seperti fi pinjaman yang tinggi, insurans, Puspakom, penukaran nama dan lain-lain yang bernilai RM16,790.

Tidak hanya itu, wanita yang juga ibu tunggal terbabit perlu membuat bayaran bulanan RM1,107.73 dengan kadar interest sebanyak 9%.

Jelas, jumlah bayaran bulanan itu sememangnya tidak masuk akal apatah lagi kereta berkenaan pula hanya kenderaan terpakai pada tahun 2013.

Fikir dahulu sebelum beli kereta terpakai
Susulan itu, Wong menasihati orang ramai yang ingin membeli kereta terpakai untuk berfikir dahulu sebelum beli.

Dia turut menasihati orang ramai untuk meminta waranti bertulis daripada pihak penjual sekiranya ingin membeli kereta terpakai agar masalah sebegini tidak terjadi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 08:07 AM | Show all posts
kedai mana dia beli? kongsilah dengan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:11 AM | Show all posts
mahalnyaa..baik beli kete baru
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Akibat menderhaka akibat tak beli Perodua dan Proton.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:37 AM | Show all posts
Interest tinggi macam tu interest loan kedai kan. I rasa bukan akak ni tak nak beli kereta baru, tapi mungkin tak lepas kot kalau apply bank loan. Tu yang cari used car.

Kekdahnya tak kan takde kawan/sedara mara laki boleh tolong sheols masa nak cari used car.

Installment sampai RM1K plus for a car manufactured in 2013.. Gila. Vios baru sampai ke RM1K?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lain kali beli la melalui carsome kak ooii.. sblm beli used car ni, kena byk2 riki sana sini dan kena ada ilmu. bawalah ahlo keluarga yy arif ttg kereta. Harga used car dia mcm bayar kereta baru wehh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde duit tak leh loan beli je lah kete mur mur..beli Axia Rahmah sudah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 20-6-2024 08:40 AM
lain kali beli la melalui carsome kak ooii.. sblm beli used car ni, kena byk2 riki sana sini dan ken ...

ok kah guna carsome ini, ingt nk beli mpv second
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
harga tu dapat bezza advance sebiji bulanan bru rm5**, aku beli tahun 2017 hri tu try riki harga jual masih rm30k, loan bank tinggal rm17k
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 20-6-2024 08:54 AM
ok kah guna carsome ini, ingt nk beli mpv second

okay.. sbb mostly kereta dorg kena scrut dlu dan interest pun tk sky high.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:59 AM | Show all posts
Simpati kpd beliau. Fees shj berbelas ribu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak bg tau laki ak org kaya je pakai kete 2nd hand.. Rela la ak pakia Proton or produa asal kan baru ada warranty... Kete 2nd klu salah beli byk nk kene repair... Kwn laki ak bli alpha Rd 2nd 90k.. Sudahnya x mampu nk tukar tyr.. Nk repair pun mintak share ngn bini.. Sudahnya kete duk umah je g keje naik myvi lama n moto... Ada hati suh laki ak tukar kete mcm dia... Bio la laki ak pakai kete dia yg abis bayar tu.. X de hutang....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:06 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 20-6-2024 08:37 AM
Interest tinggi macam tu interest loan kedai kan. I rasa bukan akak ni tak nak beli kereta baru, tap ...

tu bulanan utk vios baru,kalau harga sampai 51k baik beli keta baru je dah tentu bulanan 500 lebih je
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:10 AM | Show all posts
matseh replied at 20-6-2024 08:59 AM
Simpati kpd beliau. Fees shj berbelas ribu.

fees tu je boleh dpt keta seken cash,tp jenama tempatan la,
tp kawan aku beli dugong cash harga pun baru 23k,xde la mahal mana
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kat fb semua pakat kesian kat akak ni..ibu tunggal kata nya tapi iols sebagai acik porum memadankan muka je..nampak kereta jenama luar terus gedik nak sign..kertas pon tulis bodo gitu je takkan la tak reti pikir..dah tu dia kira interest pon kau tak reti tekan kalkulator sendiri ke sebelum sign

jadi ibu tunggal tu tak salah tapi jangan jadi bodoh
orang jahat memang wujud tapi jangan la bagi diri sendiri kena tipu dengan orang jahat..kesimpulan nya akak ni memang tak cerdik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
beli saga high spec pon tak sampai 50k, bulan2 500 tapi sebab proton kan, mana pandang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 09:23 AM | Show all posts
RM51k utk toyota vios 2013. Ada orang sanggup beli sebab brand toyota dan honda.
Akak ni tak mahu kereta 2nd brand local kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:26 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 20-6-2024 12:54 AM
ok kah guna carsome ini, ingt nk beli mpv second

Mytukar/Carro pon ok. Iolls jual kereta iolls kat situ. Mmg dia buat semua lah, inspection, cantik kan kerata semua.

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
my baru brapa harga
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:51 AM | Show all posts
Wlpn solo, mampu pakai Toyota.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.076098 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list