View: 4104|Reply: 29
|
'Saya tidak merokok sebenarnya. Buat peminat yang risau, jangan bimbang' - Amir Ahnaf
[Copy link]
|
|
Walaupun menghisap rokok ketika melakonkan sesuatu watak, Amir Ahnaf, 24, menjelaskan dia bukanlah seorang perokok.
"Saya tidak merokok sebenarnya. Buat peminat yang risau, jangan bimbang. Saya bukan perokok tegar. Saya akan menjiwai watak dan sekiranya watak itu memerlukan saya merokok, saya akan masukkan sepenuh jiwa dan hati ketika membaca skrip.
"Apatah lagi, saya kini kembali menjayakan filem Kahar Kapla High Council yang dijangka mengambil tempoh penggambaran selama dua bulan," katanya.
Amir mengakui dia terharu dengan sikap prihatin peminatnya berhubung perkata itu.
"Terima kasih kepada peminat yang risau akan diri saya. Teruskan menyayangi saya seperti mana saya juga terus menyayangi anda semua," katanya.
Menerusi filem Kahar Kapla High Council arahan Razaisyam Rashid, Amir bakal bergandingan dengan Aedy Ashraf dan beberapa pendatang baharu seperti Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu.
Dalam pada itu, pelakon popular itu menyifatkan generasi muda sekarang lebih meminati naskhah dan watak yang lebih agresif berbanding genre romantik.
Amir berkata, kehendak terhadap jenis watak yang agresif seperti 'bad boy' semakin tinggi ketika ini dan dia tidak kisah sekiranya kerap diberikan watak sebegitu.
"Mereka yang menyokong industri kita pada masa depan adalah generasi muda dan kita menginginkan sesuatu yang segar serta visual yang lebih memberi kepuasan.
"Jadi, jangan fokus sama ada seseorang pelakon itu layak jayakan sesuatu watak tetapi tumpukan pada apa yang penonton muda mahukan," katanya.
Sumber : Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Heols ni bleh jd mcm elyas ke apa yg pramugara mas belakon dunya baru dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
mamat pandai berlakon….bersungguh betul….tapi pens pulak…..
|
|
|
|
|
|
|
|
okay, okay.. we got it. Noted! |
|
|
|
|
|
|
|
99% lelaki perokok nampak selekeh dan busuk
Hanya 1% saja nampak seksi dan rasa nak terkam
Tibehh |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn ke dia mmg perokok sblm ni. Tetiba je mengaku x merokok pulak. Pelik je |
|
|
|
|
|
|
|
tak berkenan betul dengan style rambut wolf cut ni.. so fuc**ing ugly |
|
|
|
|
|
|
|
Ok..tp rambut tu buat nampak busuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh box office filem ni.. kalauuuuu : |
|
|
|
|
|
|
|
Merokok bhy utk kesihatan
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak isap rokok dia |
|
|
|
|
|
|
|
Apa projek terbahru dia ni cam sendu aja... |
|
|
|
|
|
|
|
bbasir replied at 20-6-2024 12:04 PM
tak berkenan betul dengan style rambut wolf cut ni.. so fuc**ing ugly
Yg suka buat rambut gini bebudak gen Z kan? I tgk bebudak gen Z ni mostly selekeh. Tgk boomers dlu2 kecik2 kemas gila. Baju tuck in rambut smart, makin lama makin entah pape. |
|
|
|
|
|
|
|
Merokok tapi tak merokok |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah brenti merokok bagus lah...
Busuk kan bau perokok2 neh
Kalau perfume tak kena..mmg bau euww
Perokok kena pakai perfume rempah2 gitchu |
|
|
|
|
|
|
|
Iye ke? Isap vape tu bukan merokok ke bang? Good luck with ur current project. Tapi kahar the movie ni tak bape kapla sgt kan sbb watak ko dak form 4 yg kena buli ngan kapla lama & abe ja. |
|
|
|
|
|
|
|
totally totally
btw heols ni better tambah lg extra pounds
let's say 20lbs?
melalui workout ya
bkn melantak semata
idok le kuruih sgt mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|