CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5157|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Amah dikurung di balkoni diselamatkan selepas campak nota minta bantuan

[Copy link]
Post time 10-6-2024 03:33 PM | Show all posts |Read mode

MANGSA (kanan) berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Atipsom JSJ Bukit Aman.

Kuala Lumpur: Pembantu rumah warga Indonesia dilayan seperti anjing selepas dikurung di balkoni kondominium di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, sejak seminggu lalu.

Malah, mangsa yang berusia 21 tahun itu hanya dibekalkan bantal dan tilam serta terpaksa tidur dalam keadaan basah ketika hujan.

Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman selepas kediaman terbabit diserbu, 5 petang semalam.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa adalah pembantu rumah kepada keluarga warga tempatan dan diletakkan di balkoni rumah sebagai tempat tinggalnya.


"Mangsa tidak dibenarkan keluar dari balkoni rumah dan dikunci dari dalam sehingga dapat arahan untuk masuk bersihkan rumah.

"Mangsa hanya masuk ke dalam rumah berkenaan pada 5 pagi hingga 11 pagi selepas diarahkan untuk kemas rumah dan apabila selesai mangsa diarahkan berada di balkoni semula dan akan dikunci oleh majikan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, mangsa masih belum menerima bayaran gaji daripada majikan kerana baru sahaja berada di rumah berkenaan kira-kira seminggu.

"Mangsa diberikan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari oleh majikan berkenaan. Setiap hari mangsa akan dimarahi oleh majikannya dan akan dikurung.

"Mangsa menulis kertas dan mencampakkan keluar rumah dari balkoni tempat tinggalnya bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Soffian berkata, susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 69 tahun dipercayai majikan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 dan Sekayen 55B Akta Imigresen 1956/63," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -nota-minta-bantuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 2220 Replies : 1320
Kehebatan Zohran Mamdani
stingerkentotKehebatan Zohran Mamdani
Views : 219 Replies : 2
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23208 Replies : 1198
Gagah naik Cameron Highlands, 5 jam kereta tidak bergerak
AbahmungGagah naik Cameron Highlands, 5 jam kere
Views : 7585 Replies : 59
Rumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
VellfireRumah Borak Borneo~Pstt Poret Lok
Views : 2232 Replies : 997
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 142 Replies : 76
Nubhan ceraikan isteri, naik mahkamah syariah esok.
PrickfordNubhan ceraikan isteri, naik mahkamah sy
Views : 41885 Replies : 746
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 317142 Replies : 3208
TV3 - JIKA ITU SALAHKU 9PM SETIAP JUMAAT & SABTU [ALVIN CHONG, SOPHIA ALBARAKBAH]
eddlisa_uyukTV3 - JIKA ITU SALAHKU 9PM SETIAP JUMAAT
Views : 4 Replies : 1
Miss Universe 2025 - Miss Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2025 - Miss Thailand
Views : 204 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049353 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list