Edited by prettygood at 9-6-2024 08:53 PM
APA PERANAN SIARAN PEMBESAR SUARA ITU? Bekas Presiden Korea Selatan Park Geun-hye berkata pada 2016 siaran pembesar suara adalah "bentuk perang psikologi yang paling berkesan" dan mereka telah menggalakkan rakyat Korea Utara mempertaruhkan nyawa mereka dan berpaling tadah kepada kebebasan di Selatan.
Pembelot yang melarikan diri dari Korea Utara telah menyokong kenyataan itu.
Tentera Korea Selatan menggelar siaran itu sebagai "Suara Kebebasan," dengan empat tema utama: keunggulan demokrasi liberal, sejarah kejayaan ekonomi Korea Selatan, justifikasi untuk penyatuan semula dan realiti masyarakat Korea Utara.
Berita dunia, ulasan mengenai sistem politik Korea Utara dan pemimpinnya, dan laporan cuaca bercampur dengan lagu popular K-pop, yang dikatakan oleh beberapa pembelot Korea Utara meninggalkan kesan berpanjangan bahawa sebenarnya terdapat lagu tanpa mesej ideologi.
Sumber: Harian Metro
|