View: 10819|Reply: 13
|
‘Tak pasal-pasal dua penunggang motosikal jadi mangsa’
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan gara-gara kecuaian seorang pemandu kereta yang tidak menarik brek tangan sehingga kenderaannya mengundur.
Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.
Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.
Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.
Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyelar tindakan pemandu kereta tersebut yang tidak menarik brek tangan ketika berhenti dan parkir.
“Apa yang kelam kabut sangat, handbrake (brek tangan) tak tarik, orang lain jadi mangsa,”tulis Ismile Jaxx.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mohd Azaharie Airi.
“Lesen beli ke macam mana, parking kereta tak tarik handbrake (brek tangan),”luahnya.
Sumber -KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Staff service ke yg cuai ni..?? |
|
|
|
|
|
|
|
eh kereta tu ada manual ke? bukan semua auto? jarang sangat kita boh kat N, biasa terus P...
dah la parking rushing aje, bebal.... guard 1st responder tu pulak, tak berani la nak komen........ terhegeh2 nak bagi bantuan atau warning ke jalan sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu tak tutup, hbreak x tarik. Mesti jenis kat umah suar dlm main lepas gitu je kat mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
Celakanya perangai.tk pasal2 orng lain jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah bapak aku marah kalau time parking kereta letak N. |
|
|
|
|
|
|
|
cuai. harap penunggang2 tlibat xcedera parah. kesiannya kalau smpai tahap hilang keupayaan nk bkerja sbb kcuaian mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk jln mcm mendatar je
ke letak kat R tp handbrake tarik tak habis
aku pernah tersilap letak kat D pastu handbrake kurang cengkam
mujur kawan aku perasan kete dah start berjalan
terus aku masuk semula kat kete tekan brek |
|
|
|
|
|
|
|
driver tak tahan nak gi jamban ke dok kalut kemahen..
kalau staff yang drive kereta customer, naya la nak menjawab..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena berwaspada senantiasa. |
|
|
|
|
|
|
|
pintu pun tak sempat tutup |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta apa ni? Kereta ni pakai electronic parking brake ke? Pada pendapat aku parking brake tu patut pakai biasa aje, jangan gatal nak nak di-elektronik-kan. Kebarangkalian benda tu malfunction akibat ia sendiri rosak atau kesilapan input pemandu adalah tinggi berbanding parking brake biasa.
Tak payah lah nak mengata lesen beli ke apa. Sebabnya kereta yang dipakai waktu belajar tak ada benda-benda elektronik kejadah semua ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|