CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5838|Reply: 1

[Tempatan] 5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar

[Copy link]
Post time 5-6-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Edited by prettygood at 5-6-2024 10:33 AM

SHAH ALAM - Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.

Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, faktor lain ialah ubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak bermanfaat.



“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia persaraan, banyak wang digunakan untuk tujuan perubatan dan ini tidak boleh elak.

“Selain itu, kebanyakan mereka menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan pelbagai hutang seperti rumah, kenderaan dan pinjaman peribadi.

“Namun, ada juga membelanjakan kepada perkara tidak penting seperti buat ubah suai rumah dan menjadi bank kepada anak-anak hingga sanggup menanggung sepenuhnya kenduri kahwin mereka.

“Akhirnya, duit yang sepatutnya digunakan untuk menjalani kehidupan lebih baik dan selesa dalam tempoh persaraan menjadi sebaliknya,” katanya.

Mohamad Fazli berkata, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan mencukupi telah lama diperkatakan.

Ujarnya, keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan rakyat masih kurang memahami keperluan menabung untuk masa depan, selain lemah dalam pengurusan kewangan mereka.

“Keadaan ini turut mendorong sesetengah mereka terlibat dengan skim pelaburan tidak sah. Bukan sahaja tidak dapat untung, malah ada yang rugi,” katanya.

KE MANA DUIT PERSARAAN DIHABISKAN
1. Ubah suai rumah
2. Belanja kenduri kahwin anak
3. Bayar hutang
4. Biayai kos perubatan
5. Terlibat pelaburan tidak sah

Sumber: Sinar Harian (5 Jun 2024)


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2024 11:01 AM | Show all posts
6. Bagi orang pinjam pastu org tu tak bayar balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.243800 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list