Edited by ibnur at 6-6-2024 10:44 AM

Assalamualaikum warahmatullah
Dah bertahun saya tak buka thread, hari ini terdapat ilham.
Sejak beberapa tahun lepas, saya selalu dihubungi oleh ejen-ejen hibah. Setiap kali saya bagitahu saya tidak berminat. Saya mempunyai alasan sendiri untuk tidak membuat hibahy dan juga saya tidak pernah recomend hibah. Bagi saya hukum faraid itu cukup lengkap. Sekiranya waris ada masaalah dengan proses faraid, itu adalah masaalah waris, bukan lagi masaalah orang yang sudah meninggal dunia.
Saya pernah mengikuti 'ceramah' ejen hibah dan wasiat beberapa kali. Dan boleh katakan saya faham semampu saya. Cuma, ejen biasanya akan bercerita yang bagus-bagus sahaja dan cuma akan cerita yang tak bagus bila kita tanya.
Hibah sebenarnya bagus kalau sesuatu itu dihibahkan dan diumumkan sebelum kematian. Cara ini tidak menimbulkan massalah. Waris yang tak dapat hibah terpaksa terima. Nabi s.a.w. wafat tidak meninggalkan harta kecuali ilmu. Harta Nabi s.a.w. sudah dihibahkan sebelum baginda wafat.
Tetapi boleh kata kesemua ejen focus kepada perlantikan wasi dan hibah diumumkan selepas kematian. Ini sudah hampir boleh jadi wasiat. Sudah beberapa kes hibah dicabar di mahkamah syariah. mereka yang mencabar dan dicabar pula kena belanja untuk bayaran guaman. Ejen hibah atau wasi sudah dapat bayaran lama dah....
Jadi... apa pandangan tuan puan boleh komen... tapi tak semestinya saya balas ye.