View: 18764|Reply: 17
|
PDRM keluarkan fotofit suspek simbah asid Faisal Halim, kulit sawo matang
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – Suspek yang menyimbah asid terhadap penyerang Selangor FC, Faisal Halim disyaki berusia lingkungan 30-an serta berketinggian 165 sentimeter.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek juga mempunyai kulit sawo matang selain bersaiz badan sederhana.
Tegas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut, diminta melaporkan kepada pihak polis.
“Laporan boleh dibuat terus kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Inspektor Jagachandran Murugesen di talian 012-684 8166 atau 03-2266 6071.
“Atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengesan suspek dan membuat siasatan lanjut berkaitan kes simbah asid melibatkan mangsa, Muhammad Faisal Abdul Halim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, PDRM memaklumkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dalam proses disiapkan.
Lakaran fotofit itu akan dibuat berdasarkan bantuan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Setakat ini, lebih 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
5 Mei lalu, penyerang kebangsaan, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.
Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5 petang.
Susulan itu, polis telah menahan suspek pertama di sekitar Ampang, Selangor bagi membantu siasatan berkenaan kes tersebut.
Bagaimanapun, hasil soal siasat mendapati lelaki berusia 20-an itu tidak terlibat dengan kes yang disiasat dan dibebaskan dengan jaminan polis.
6 Mei lalu, suspek kedua insiden simbah asid terhadap Faisal telah ditahan dan semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai tujuh rekod lampau.
Suspek berusia 30-an itu ditahan lewat petang di sekitar Bandar Baru Bangi dan direman lima hari sehingga hari ini.
Sumber -KOSMO! ONLINE. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-5-2024 02:11 AM
Macam muka polis je.
Tapi kalau cari dari Jabatan Pendaftaran Negara mesti jumpa punya. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.
Topi celoreng?
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.
Kan. Raut wajah dia macam muka polis. Mesti dia ini bukan calang2. Professional at doing something. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-5-2024 01:40 AM
Macam muka polis je.
Mesti taste kau khens |
|
|
|
|
|
|
|
My only worry....ko sebarkan seperti ini...tak mustahil mereka yg jumpa makhluk ini bukannya dihubungi pihak berkuasa tapi ambil tindakan sendiri....bantai cukup cukup sampai mati...pembalasan terhadap perlakuannya terhadap faisal.... |
|
|
|
|
|
|
|
at least share lah video CCTV kawasan sekitar, nak tengok cara berjalan, tangan dia panjang pendek ke, kaki dengkot je, ada tatu ke, kening terbelah ke, ada tahi lalat kat tengah dahi ke....share lah video CCTV tu |
|
|
|
|
|
|
|
mesti topi & facemask dia dah jadi abu skrg
yg kesian org lain yg tak tahu menahu masih pakai topi & facemask gitu |
|
|
|
|
|
|
|
cctv pn x nmpk.. alteast nk tgk cmna kejadian nya.. org tu kuar masuk.. dpt la juga bygkn besar mana..org tu.. gmbr mcm elokkkk jer orgnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh…kening! |
|
|
|
|
|
|
|
semaknya forum 2/3 hari ni. spammer mana terlepas sangkar ni
hrp dijumpai dgn cepat...tgk lakaran tak la rempit orgnya |
|
|
|
|
|
|
|
Camne la nak cam..iols tengok photofit ni pun dah rupa cam mamat exist dalam news masa dia nak masuk court. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm polis asal kedah jahh.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Klau gini mmg xkn jumpa ler |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 20-5-2024 02:44 AM
Kan. Raut wajah dia macam muka polis. Mesti dia ini bukan calang2. Professional at doing something ...
Sebab ada kenal sorang polis tu muka cenggini..ada lekuk antara hidung dan dahi |
|
|
|
|
|
|
|
babelina replied at 20-5-2024 10:44 AM
cctv pn x nmpk.. alteast nk tgk cmna kejadian nya.. org tu kuar masuk.. dpt la juga bygkn besar mana ...
Helok sebab facemask.. sekali bukak facemask, JONGOSSSSSS |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. posibility jongos tu ada.. hahahah
gelak kuat i ols pepagi kt ofc nie.. sambil buat xtaw sampai lambat jem yg amatttttt hr nie..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|