View: 18461|Reply: 22
|
Anggota tentera berpangkat Staf Sarjan temui ajal selepas hasrat jumpa YB Duyong tertunai
[Copy link]
|
|
MELAKA – Hasrat seorang anggota tentera berpangkat Staf Sarjan mahu bertemu dengan wakil rakyat diminatinya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abd. Halem tertunai sebelum dia rebah dan disahkan meninggal dunia, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mohd. Irfan Faizal Ismail, 41, dilaporkan rebah selepas menyertai Larian Bersama Bomba 5KM 2024 di Banda Hilir Melaka, yang turut disertai Mohd. Noor Helmy, malam tadi.
Mohd. Noor Helmy berkata, Allahyarham sempat mengambil gambar beramai-ramai bersamanya sebelum memulakan larian di program tersebut.
Katanya, dia bagaimanapun dimaklumkan mangsa telah rebah pada sesi cabutan bertuah yang dilakukan selepas selesai aktiviti larian sejauh lima kilometer.
“Saya diberitahu ada peserta yang rebah dan telah dibawa menaiki ambulans, namun disahkan meninggal dunia di hospital pada 10.25 malam.
“Saya telah ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk menziarahi waris mangsa dan difahamkan Allahyarham turut menyertai acara larian ini kerana ingin berjumpa dengan saya. Saya tidak sangka itu adalah pertemuan kali pertama dan terakhir kami,” ujarnya kepada pemberita.
Difahamkan Allahyarham yang bertugas di Markas 1 Briged, Kem Rasah, Negeri Sembilan telah menyertai tentera pada Jun 2004 dan dijadualkan pencen pada Jun tahun hadapan.
Urusan pengebumian akan dilaksanakan secara istiadat daripada Markas 1 Briged dan pasukan 4 Rejimen Artileri Diraja dan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Paya, Segamat, Johor.
Sumber -KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnalillahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah.
Ada seorang lagi anggota tentera meninggal. Anggota wanita bertugas di Lubnan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg Lubnan sudden death juga ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berlari ikut je pace sendiri, jangan paksa diri..atau terikut ikut peserta lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.
Malam2 berlari 5km badan terkejut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..
Takziah kt keluarga.
Meriahnye komennnn..
Belas² pages |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga arwah anggota tentera ni diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Aminn.. |
|
|
|
|
|
|
|
hare...masuk thread ...ingat bnyak reply ...
rupanya thread kena rogol ...adooiiii |
|
|
|
|
|
|
|
berbelas2 page si kalimdor sekoq ja
hang dah pasaipaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
YB duyong ni & akmal lebih kurang i tengok approach diorang bab santuni penduduk setempat. Kan bagus yb2 macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
byknya kena spam thread ni dah kenapa ...
ORg dah vaks Covid risiko tinggi sudden death kerana spike protein yg 24 jam aktif dlm badan ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodo tau spammer ni.
Btw nak tanya, dato' helmy ni kurus sbb mmg jaga kesihatan ke atau bariatric? |
|
|
|
|
|
|
|
lasagnaklcc replied at 20-5-2024 01:16 PM
Bodo tau spammer ni.
Btw nak tanya, dato' helmy ni kurus sbb mmg jaga kesihatan ke atau bariatric? ...
Dulu dia kemok ke |
|
|
|
|
|
|
|
albedah replied at 20-5-2024 02:15 PM
Dulu dia kemok ke
Bulat jugak. Sila google mohd noor helmy. |
|
|
|
|
|
|
|
patotle smpei dekat 300 komennye kome. acik sepam |
|
|
|
|
|
|
|
ingat masuk nak baca komen2.....ghupernya....
GO DIE LA KALIMDOR |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
| |
|