View: 8926|Reply: 3
|
Lelaki gemuruh tulis lafaz nikah di tangan
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya, lapor portal berita Okezone semalam.
Detik gementar itu dikongsi oleh pengguna akaun TikTok @romansahpro. Rakaman itu menunjukkan pengantin lelaki duduk sambil berdoa dan terlihat cacatan di tangannya ketika kedua-dua tangannya diangkat.
Di sebelah tangannya terdapat catatan ‘saya terima nikahnya…’ iaitu bacaan lafaz akad nikah sekiranya dia terlupa. Idea lelaki itu membuatkan netizen menggelengkan kepala.
Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata, lafaz akad nikah yang panjang beserta nama pasangan mungkin menyukarkan pengantin lelaki itu menghafalnya.
Situasi itu menjadi lebih buruk ekoran rasa gementar yang dihadapi setiap pengantin lelaki apabila berdepan bakal bapa mertua semasa upacara akad nikah. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Org kawen mmg akan gugup mcm ni ka? |
|
|
|
|
|
|
|
"Aku Terima Akan Nikah Nya" atau "Aku Terima"...tu pun cukup.
apa susah sangat sampai nak buat syarat2 yang tak tentu pasal.
kena sambung terus tak boleh berenti,
kena satu nafas,
tak boleh sebut "Nya" dua kali lah...
tu belum masuk jenis tok kadi yang konon nak bergurau senda duk suruh baca itu ini...
suka duk buka aib org... |
|
|
|
|
|
|
| |
|