CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13917|Reply: 68

Akhirnya LIBYA berjaya dicerobohi diatas kebodohan

[Copy link]
Post time 20-3-2011 03:21 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 110 roket Tomahawk AS, Britain dibedil ke Libya


2011/03/20
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya. "Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat. "Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya.

"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya. - AFP


BERIKUT latar belakang dan spesifikasi ringkas roket Tomahawk yang digunakan tentera Amerika Syarikat dan yang terbaru digunakan dalam serangan udara dan laut tentera Bersekutu ke atas Libya, awal pagi tadi.

Fungsi asas: Misil atau roket jarak jauh yang boleh dilancarkan dari udara dan laut untuk sasaran di darat Kontraktor Pengeluar: Hughes Missile Systems Co., Tucson, Arizona, Amerika Syarikat.

Panjang: 18 kaki 3 inci (5.56 meter); Dengan pelancar kuasa (booster): 20 kaki 6 inci (6.25 meter)

Berat: 2,650 paun (1192.5 kg); 3,200 paun (1440 kg) dengan pelancar kuasa.

Ukur lilit: 20.4 inci (51.81 cm) Saiz sayap: 8 kaki 9 inci (2.67 meter)

Jarak tembakan: Serangan darat 600 batu nautika (1,104 km)

Kelajuan: Tahap 'subsonic' 880 km sejam

Sistem Panduan: Inertial dan TERCOM

Tarikh pembuatan: 1983

Kos: AS$500,000 seunit.  Jumlah keseluruhan pengeluaran: 4,170 unit

Penggunaan: Pertama kali digunakan pada September 1995 ketika serangan di Bosnia dan setahun kemudian serangan di Iraq (Desert Strike).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2011 03:23 PM | Show all posts
Serangan ke atas Libya 'diselaras' AS


2011/03/20
PARIS: Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman, menurut pegawai tentera Peranchis kepada AFP.

“Operasi multilateral ini diseleraskan oleh Tentera Pemerintah Udara AS yang berpangkalan di Eropah di ibu pejabatnya di Stuttgart, Jerman,” kata pegawai itu yang enggan namanya disebut. Beliau berkata, AS mempunyai peranan strategik dalam membuat penyelarasan seranagn itu dengan memberi arahan terhadap tentera Bersekutu. Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5, katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 03:23 PM | Show all posts
Britain sahkan jet pejuangnya serang Libya


2011/03/20
LONDON: Britain mengesahkan pesawat pejuangnya, Tornado melancarkan serangan roket pertama ke atas Libya sebagai sebahagian daripada tindakan yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas negara bergolak itu.

“Saya kini boleh mengesahkan Tentera Udara Diraja (RAF) juga melancarkan roket Stormshadow dari beberapa pesawat pejuang jenis Tornado GR4 ke atas Libya," kata jurucakap tentera Britain, Maj Jen John Lorimer. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 03:24 PM | Show all posts
Libya kutuk serangan 'tidak bertamadun' Barat


2011/03/20
TRIPOLI: Ketua Perlimen Libya, Abbul Qasim al-Zuai mengutuk serangan udara yang dilancarkan Barat ke atas Libya dengan menyifatkannya sebagai tindakan 'tidak bertamadun'.

“Negara Barat kini melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di Tripoli dan Misrata, menyebabkan kemunsahan yang besar ke atas orang awam dan kemudahan asas," katanya dalam sidang media. “Tindakan biadap ini adalah bertenterangan dengan kehendakan rakyat Libya yang mahu gencatan senjata," katanya. “Tindakan yang kononnnya untuk melindungi orang awam di Libya adalah bertentangan dengan apa yang berlaku di tempat sasaran malam ini," katanya.


Al-Zuai mendakwa ramai orang awam diaporkan cedera dan kini memenuhi hospital dengan pihak perubatan sedang bertungkus-lumus memberikan rawatan di tempat pengeboman. - AFP
Kampung halaman Gaddafi di Sirte turut dibom


2011/03/20
TRIPOLI: Serangan udara yang dilancarkan tentera bersekutu dari Barat awal pagi tadi, turut mengebom kampung kelahiran Presiden, Muammar Gaddafi di
Sirte, lapor agensi berita Jana.
“Serangan udara dan tembakan misil (roket) disasarkan di beberapa kawasan penduduk awam di Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi,” kata jurucakap tentera Libya yang dipetik Jana. Kuasa Barat, awal pagi tadi (waktu malam di Libya) melancarkan serangan udara dan laut terhadap tentera rejim Gaddafi selepas resolusi gencatan senjata diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Gaddafi dilahirkan di Sirte, sebuah bandar yang terletak 360 kilometer di timur Tripoli. - AFP

Mediterranean kini jadi 'medan perang': Gaddafi


2011/03/20
TRIPOLI: Presiden Libya, Muammar Gaddafi hari ini mengisytiharkan negara Mediterranean itu kini menjadi 'medan peperangan sebenar' berikutan serangan udara yang dilancarkan tentera Barat, awal pagi tadi.

Serentak itu, beliau membuka depot simpanan senjata api untuk digunakan rakyatnya untuk mempertahankan negara itu. Dalam satu ucapan pendek yang disiarkan stesen televisyen tempatan, sebentar tadi, Gaddafi mengutuk keras serangan tentera Bersekutu ke atas Libya yang disifatkannya sebagai 'tidak bertamadun'. "Rantau Mediterranean kini menjadi medan perang sebenar," katanya.


“Depot senjata api kini dibuka dan semua rakyat Libya kini dilengkapi senjata untuk mempertahankan negara kita daripada tentera Barat," katanya. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 03:26 PM | Show all posts
Russia, China kecewa serangan ke atas Libya


2011/03/20
BEIJING: China melahirkan kekecewaannya terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Bersekutu ke atas Libya.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, kerajaan negara itu menentang penggunaan ketenteraan dalam menangani masalah perhubungan antarabangsa. “China pritahin dengan berkembangan terbaru di Libya dan melahirkan rasa kecewa dengan serangan terhadap Libya," kata kenyataan itu. Sementara itu, Russia turut mengeluarkan kenyataan yang sama dengan menuntut agar satu gencatan senjata dilaksanakan seberapa segera di Libya.

China bagaimanapun tidak menyebut mengenai gencatan senjata tetapi menekankan negara itu amat menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keamanan di negara rantau Afrika itu. - AFP

Kesatuan Afrika tuntut serangan ke atas Libya dihentikan segera


2011/03/20
NOUAKCHOTT: Kesatuan Negara-Negara Afrika hari ini menuntut agar serangan yang dilakukan tentera bersekutu membabitkan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Peranchis ke atas Libya, awal pagi ini dihentikan serta merta.

Selepas lebih empat jam mesyuarat diadakan kesatuan itu di ibu negara Mauritania, di sini, mereka juga menuntut agar pihak berkuasa Libya memastikan orang awam diberi perlindungan dan bantuan. Kesatuan itu juga mahu agar rakyat asing dilindungi dan usaha mengeluarkan mereka dari Libya juga perlu dilakukan segera. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2011 03:28 PM | Show all posts
48 maut, 15 cedera serangan roket di Libya


2011/03/20
TRIPOLI: Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi. - AFP

----------------------------------------------------

Jap berapa casualty masa Gaddafi ngan bangga suh tentera serang rakyat? duhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2011 05:40 PM | Show all posts
satu lagi negara islam akan jatuh.
selepas iraq dan afghanistan
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 07:01 PM | Show all posts
kira tentera bersekutu nie sokong pemberontak la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 07:22 PM | Show all posts
Collateral damage mesti ada punya tu...arghhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:47 PM | Show all posts
puak2 Pas tak nak takbir ke negara Islam di serang negara bukan islam..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 07:00 AM | Show all posts
Bangsat tul..patutnya negara islam yang menyelesaikan masalah libya ni....abis minyak libya lepas ni..senjata confirm akan dibekalkan oleh barat sahaja... rakyat akan tetap menderita sebab Barat tentu akan memilih pemimpin yang korup gak agar selari dengan mereka...lari mulut rimau masuk muluk boya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:45 AM | Show all posts
Tapi kalau serang rakyat yang cuma nak pembaharuan pakai fighter-bomber, camne pulak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 08:51 AM | Show all posts
perang lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:36 AM | Show all posts
aku personally rasa, x patut serangan ni, ni hal dalaman Libya, paling tak pon buat la economic saction....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:03 AM | Show all posts
Ni la cara yang barat guna masa menjatuhkan empayar Turki Uthmaniah..pecahkan dulu orang islam dari dalam pastu bagi senjata.... biula dah lemah sesebuah kerajaan mereka akan serang dari belakang..dasar pengecut..... teknik sama yang digunakan ke atas hampir negara islam tapi tak pernah diambil pengajaran oleh mereka semua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:09 AM | Show all posts
Reply 15# tempur

Kalau Al Gore jadi Presiden Amerika skrg nii mesti dah kena serang malaysia sebab tak bebaskan Anwar Ibrahim ari tu, Last2 Al Gore sendiri yg kantoi dgn Isteri dia tido dgn lelaki ..selamat malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2011 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by RainbowSix at 21-3-2011 10:35

Reply 11# tempur


    Kita patut bezakan Islam dan negara-negara Arab. Ada negara Arab yang yg kejam hingga sanggup serang rakyat sendiri dgn kereta kebal dan jet pejuang. Ini salah. Tetapi banyak pemimpin Arab memilih jalan mudah untuk menyelesaikan masalah politik dalaman, dgn menggunakan kekerasan. Kekerasan hanya mengkuburkan masalah utk jangka masa pendek.  

Masalah di Libya dan negara2 di Timur Tengah adalah masalah yg dipanggil Crisis of Modernity. Krisis ini bermula 6 dekad lalu, ini kerana kebanyakan negara2 di sana diketuai secara autokratik, dan suara rakyat tidak didengari langsung. Selepas beberapa dekad, masalah ini menular menjadi suatu masalah kemelesetan pembangunan, kekangan ekonomi pada rakyat, dan menjadi isu politik meluas.

Memang jika dilihat sekali imbas bagaikan Libya ditakluki negara-negara bukan Islam. Ini oleh kerana Liga Arab tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan Libya juga adalah sebuah negara Arab. Ini berdasarkan pergolakan politik di Yemen, Arab Saudi dan Bahrain. Malah Liga Arab dilihat bagaikan hanya memihak kpd ketua-ketua negara Arab dan membelakangkan aspirasi rakyat mereka.

Aspirasi rakyat mereka hanyalah untuk mendapat suara politik dan pembangunan ekonomi. Bukan lah permintaan yg keterlaluan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by RainbowSix at 21-3-2011 10:44

Reply 14# lkick2113


    Economic sanction akan hanya memudaratkan rakyat Libya. Di dalam sejarah penggunaan economic sanction, belum ada negara yang disasarkan akur dgn permintaan UN. Malah ia hanya menyeksa rakyat negara tersebut.

Kedua, mandat UN bukan untuk menjatuhkan Gaddhafi tetapi untuk melindungi rakyat awam Libya. Maka economic sanction tidak ada kena mengena.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:51 AM | Show all posts
Reply  lkick2113


    Economic sanction akan hanya memudaratkan rakyat Libya. Di dalam sejarah  ...
RainbowSix Post at 21-3-2011 10:33



    "mandat" yang UN bagi Untuk melindungi rakyat libya ni pon boleh menjadikan rakyat libya sbg "mangsa" gak, contoh la......dia nak serang bangunan A yg kununnya ada tentera libya, bila missile dilepaskan terkena bangunan A dan surounding area yg berkemungkinan ada penduduk awam....x ke naya tu...:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by RainbowSix at 21-3-2011 11:01

Reply 19# lkick2113


Mandat tersebut adalah untuk melindungi rakyat awam. Tiada percanggahan pendapat, hanya dari segi operasi ada risiko terhadap org awam di sana. Operasi apa yang tiada risiko. Semasa di Kosovo, Ops Allied Force ada risiko ke atas orang awam tetapi rakyat Kosovo akhirnya mendapat autonomi. The End justify the means...

Maka di sini, polisi menjadi pendorong kepada operasi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.659288 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list