CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4079|Reply: 0

Tiga kelab Asean uji Gergasi Merah

[Copy link]
Post time 23-4-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN Selangor kini gigih jalani latihan bagi hadapi saingan Liga Super. FOTO Selangor FC

Kuala Lumpur: Penganjuran Cabaran Asia Selangor (SAC) 2024 bakal dijadikan platform terbaik memperkasakan Selangor FC menjelang saingan Liga Super, 10 Mei depan.

Skuad Red Giants yang turut beraksi di peringkat Asia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) bakal menguji kekuatan tiga kelab serantau di saingan SAC 2024 bermula Jumaat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, SAC 2024 yang dianjurkan pihaknya bakal memberi peluang anak buah Nidzam Jamil berada tenaga dengan kelab Balestier Khalsa FC dari Singapura; Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dari Brunei dan Young Elephants FC dari Laos.

"Pihak pengurusan berusaha bagi memberikan pendedahan baru kepada pasukan untuk mereka mendapat persiapan pramusim yang baik pada musim ini.


"Kita menjemput pasukan dari negara Asean iaitu Balestier Khalsa FC, DPMM FC dan Young Elephants FC, tiga pasukan yang mempunyai pencapaian yang baik pada musim lalu.

"Di samping itu, SAC juga akan memberi peluang kepada penyokong untuk menyaksikan perlawanan pramusim yang kompetitif dan berkualiti," katanya.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada jam 5 petang dan 9 malam pada Jumaat dan Ahad ini.

Format perlawanan digunakan untuk kejohanan kali ini berbeza daripada edisi pertama di mana setiap kemenangan akan mendapat tiga mata, manakala setiap jaringan gol akan dikira sebagai satu mata tambahan untuk setiap pasukan.

Pasukan yang menduduki tangga teratas carta liga akan menjadi pemenang atau juara kejohanan.

Pelbagai aktiviti menarik di luar stadium turut diatur antaranya persembahan dari artis tempatan, bazar Raya, bengkel Raya dan lain-lain akan diadakan sepanjang kejohanan ini khas buat penyokong setia Gergasi Merah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-uji-gergasi-merah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasangan panda gergasi baharu tiba di Malaysia minggu depan
AbahmungPasangan panda gergasi baharu tiba di Ma
Views : 872 Replies : 41
Prince Syed bagi isteri nafkah setengah juta ringgit, cukuplah belanja untuk setahun
RalinePrince Syed bagi isteri nafkah setengah
Views : 12016 Replies : 151
Kaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 tip ini jika nak elak digigit pacat
tatodKaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 ti
Views : 7684 Replies : 4
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 322942 Replies : 3283
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 2971 Replies : 99
Microwave untuk makanan halal sahaja di ofis buat netizen berbelah bagi
YgBenarMicrowave untuk makanan halal sahaja di
Views : 190 Replies : 8
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 98 Replies : 107
Sultan Kelantan dan gosip perkahwinannya...againnnn
PrickfordSultan Kelantan dan gosip perkahwinannya
Views : 1235 Replies : 4
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5179 Replies : 3287
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23717 Replies : 1294

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.049066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list