CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7521|Reply: 8

[Jenayah] Bekas guru tertipu ketika bercuti, dikurung scammer

  [Copy link]
Post time 19-4-2024 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 19-4-2024 08:58 AM

KUALA LUMPUR – Percutian seorang wanita ke Thailand bertukar tragedi apabila terperangkap dan menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia di negara berkenaan.

Lebih memilukan, mangsa dikenali sebagai Sia, 25, yang juga bekas seorang guru di sebuah sekolah di Johor Bahru kini dikurung oleh sindiket scammer di Mywaddy, Myanmar.

Menceritakan detik malang yang menimpa wanita tersebut, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Chai, 50-an berkata, pada 2 April lalu, anaknya telah ke Thailand untuk bercuti bersama seorang kenalannya.

Jelasnya, anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan telah diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia ketika tiba di Thailand sebelum dibawa ke Myawaddy.

“Anak saya ke Thailand untuk bercuti bersama kenalan yang belajar di sebuah universiti di Taiwan. Bagaimanapun, selepas tiba di Thailand, dia telah ditidurkan oleh seseorang.

“Dia hanya menyedari dirinya berada di Myawaddy selepas mengemaskini lokasi menerusi telefon bimbitnya sebelum menghubungi kami (keluarga) di Malaysia pada keesokkan harinya (3 April).

“Walaupun dikurung oleh sindiket, namun anak saya masih boleh berkomunikasi dan kali terakhir kami bermesej adalah pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini hari ini.

Chai berkata, anaknya kini selamat walaupun dikurung oleh sindiket berkenaan dan tiada sebarang tebusan diminta oleh pihak sindiket setakat ini.

Apa yang dia maklumkan kepada kami, dia kini ‘diajar’ oleh sindiket berkenaan untuk menjadi scammer. Dia juga ada maklum beberapa individu lain telah dipukul dan didera oleh ahli sindiket.

“Tetapi setakat ini anak saya tidak didera, mungkin dia masih baru dan dalam proses ‘pembelajaran’ untuk menjadi scammer,” katanya.

Mengulas lanjut, Chai berkata, anaknya itu telah berhenti menjadi guru sejak Mac lalu kerana masalah peribadi dan kesihatan.

“Dia hanya sempat menjadi guru setahun sebelum mengambil keputusan untuk berhenti. Pada masa sama, dia ada beritahu kami untuk mencari pekerjaan yang bergaji lebih lumayan.

“Dia juga berhasrat untuk bekerja di Thailand sebelum ini. Tetapi kami tidak menyangka dia akhirnya menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia di negara berkenaan,” ujarnya sedih.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya akan memantau perkara berkenaan dan satu pasukan akan dihantar ke negara berkenaan bagi membawa balik mangsa ke Malaysia dalam masa terdekat.

Ujar beliau, ketika ini terdapat lebih 30 mangsa yang masih terperangkap dan dikurung oleh sindiket scammer di negara Myanmar dan usaha telah digerakkan untuk membawa pulang kesemua mangsa.-KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 10:49 AM | Show all posts
baru setahun keje dh berenti
tgk ape jadi skrg

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:06 AM | Show all posts
Pada masa sama, dia ada beritahu kami untuk mencari pekerjaan yang bergaji lebih lumayan


Hhmm...dah kena masuk jerat yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:08 AM | Show all posts
dia pergi sana mmg utk kerja, bukan utk bercuti...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 11:08 AM | Show all posts
ni mesti sbb dijanjikan gaji lumayan..ghisau betullaa skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya.
Sayang je resign jdi cikgu.
Jadi cikgu ni mmng susah mula2.bila dh tua ko goyang kaki je duduk rumah sambil mencekik duit pencen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoh hadekkkk nasib baik tak kena rogolllll
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 01:13 PM | Show all posts
jgn la mudah ngat terpengaruh dgn janji2 keje mudah gaji besar kt luar negara. lain ler kalau carik melalui agensi pekerjaan yg sah and legit. x psl2 dipaksa jd scammer. lg teruk klu dijual jd 'ayam', haih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 19-4-2024 12:35 PM
Ruginya.
Sayang je resign jdi cikgu.
Jadi cikgu ni mmng susah mula2.bila dh tua ko goyang kaki je du ...

Itu pun kalau sempat tua tak mati dulu sebelum pencen.  Ramai je staf gomen yang mati sebelum pencen atau pun mati setahun dua slepas pencen. Pencen gomen ni sebenarnya yang seronok goyang kaki merasa duit pencen adalah waris (laki/bini). Yang staf gomen tu kerja macam lembu tapi waris yang syok makan duit pencen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.313510 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list