CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12352|Reply: 28

Diana Danielle Respon Isu Duit Raya – ‘Apa Kau Ingat Nafkah Ke?’

[Copy link]
Post time 17-4-2024 08:30 AM | Show all posts |Read mode






Duit raya merupakan satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negara ini ketika menyambut aidilfitri.


Namun, terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jumlah wang yang diberi.


Isu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Diana Danielle yang tampil memberi pandangan menerusi platfrom X.


Menurut Diana, duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan.


"Sekarang ini orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ianya sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu."


Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut menyelar tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak bersyukur ketika menerima duit raya.


"Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled dan menghakimi sangat dah kenapa?


"Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa kau ingat nafkah ke?"


Pelakon filem Imaginur itu berkata dia malah teruja menerima duit raya daripada bapa saudaranya dan tidak pula memandang kepada nilai tetapi keikhlasan.


"Relaks la, saya pun dapat RM10 dari pakcik saya, wah rasa berbunganya lama tak dapat duit raya.


"Enjoy faham, enjoy? Ni kerja tak puas hati je memanjang."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Diana kerana ada di antara mereka juga turut berdepan dengan situasi yang sama.


Dalam pada itu, warganet berharap agar ibu bapa di luar sana menekankan nilai syukur dan adab kepada anak-anak mereka.


Sumber: X Diana Danielle/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 08:46 AM | Show all posts
memang bongok orang yang condemn duit raya ni. no brain. dia ingat anak dia sekor je ke orang bagi. TAHIII
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:17 AM | Show all posts
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 17-4-2024 09:25 AM

nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bersyukur laaa dapat gakk. Apooo mak pak mata duitan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:37 AM | Show all posts
seronok bg duit raya kt adik beradik, ank buah
mcmn seronoknya kita dulu2 dpt duit raya
i wish i could give more

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 10:43 AM | Show all posts
tah...sibuk la kata dua ringgit tu tak cukup utk bebudak.. eh bebudak mana guna duit sgt pun.. drg guna buat beli apa je? ni mesti jenis mak pak yang tibai duit raya anak yg tak puas ati tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:45 AM | Show all posts
Iolls buat priority. Duit raya kan sedekah. Bajet pun limited. Mak Ayah, adik2 y masih status student, anak2 sedara then anak2 sedara mara. Yang x berkaitan tu makan biskut raya jer lah. Anak2 sedara mara sepupu sepapat pun priority bagi kat babies then ada lebih baru bagi kat budak2.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 10:48 AM | Show all posts
kan...
duit ku sukahatiku la nak bagi berapa.
bukan mereka pon bersengkang mata kerja siang malam.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku, anak jiran rm3, anak sedara drpd 2nd cousins ke atas rm5, anak sedara 1st cousin rm10, anak sedara sendiri rm30, anak sendiri rm50, pakcik makcik mak mil fil rm50, anak2 kwn2 yg paling rapat rm10.

Ha gitu pembezaannya.. ikut bajet aku.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:58 AM | Show all posts
KamikuP replied at 17-4-2024 09:17 AM
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih siki ...

samadengan
dak dak yg dtg rumah masa marhaban, masa raya..
anak2 sedara bg lebih sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu duit raya ni, dari duluuuu lagi  orang macam x nampak ikhlas kita, dah macam 1 benda wajib pulak tiap2 tahun. Kadang budak2 x tau apa, tapi yg mak bapak dia pulak soksek2 kat belakang cakap kita bagi sekian2 amount aje kat anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:56 PM | Show all posts
berapa nilainya pun, bersyukurlah bila ada yg peruntukkan sedekah (duit raya) tahun demi tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
thn ni budget2 sbb anak2 masuk skolah..memang baju raya dah settle awal tahun tapi berjimat2 apa patut..niat sedekah..thn sudah rezeki lebih dapat la lebih tahun ni bersederhana..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:06 PM | Show all posts
aku yg da tua bangka ni,duit berkepok bila dapat duit raya rm 3 dari sepupu pun rasa dunia ini aku yg punya,rasa feeling masa kecik2 dpt duit tu dtg balik, seronok gila. Kudos to sepupu aku la dia cuba hidupkan perasaan n suasana tu pada adik2 sepupu. dia sebenaqnya bukan pada amount, tapi keseronokkan yg kita dpt tu xdpt dibeli dgn wang ringgit. org yg bising pasal amount ni adalah mereka yg laparkan duit raya anak2, sbb selalunya budak2 ni seronok sbb dapat duit je, tapi depa xtahu duit depa pegi ke mana.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 17-4-2024 09:17 AM
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih siki ...

X salah pon. Lagi2 diorang dtg beramai2. Bagi sikit sorang biar semua merasa. Tgk pada kelaziman korang, jenis rmh selalu kena serbu atau mmg sendu budak2 x dtg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 01:24 PM | Show all posts
kalau yg bg tu keluarga dekat, fahamilah bahawa anak kau tak comel la tu.. ataupun kau sekeluarga kelihatan miskin.. yg org pikir rm3, rm5 tu besar utk dia. terima je la kenyataan. ada org xtergamak nak bagi amount sikit utk anak2 org kaya.

kalau yg bagi tu sedara jauh atau sekadar jiran2 je, elok benam je kepala pak dia dalam lumpur. kau ingat anak kau special sgt orang nak bagi byk2? org bagi pun dah besar rahmat dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tetinggal keteapi iols psl isu duit raya ni tp remai btl retis yg ulas. isu netizen kn? masa lopa tayang duit raya anak xnk pulak korg ulas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok jugakla tahap ekonomi yg member tu camne. dpt cam i sedara mara dekat jauh yg kecik2 ni ramai pengsan la kalau nak membagi sorang rm5.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
best friend hakak bagi duit raya. huhu thanks bestie. dia ikhlas so kita kena hargai, tak ternilai bila someone sudi ingat kat kau yg dah tua
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.087708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list