CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9610|Reply: 3

Ribut Dengan Angin Seperti Taufan Melanda Selatan China, Tujuh Terbunuh

[Copy link]
Post time 4-4-2024 04:50 AM | Show all posts |Read mode





BEIJING: Ribut dengan kekuatan angin seperti taufan telah melanda wilayah Jiangxi di selatan China sejak hujung minggu, menyebabkan tujuh orang terbunuh, tiga daripadanya terhempas keluar dari pangsapuri bertingkat mereka ketika tidur.


Ibu pejabat kawalan banjir kecemasan wilayah Jiangxi berkata, cuaca ekstrem yang bermula pada 31 Mac lalu melanda sembilan bandar termasuk Nanchang dan Jiujiang dengan 93,000 orang di 54 daerah terjejas.


Pada Ahad, angin ribut menyebabkan tingkap sebesar pintu daripada bingkai di dua pangsapuri di sebuah bangunan tinggi di Nanchang, ibu kota wilayah musnah.


Menurut laporan media tempatan, tiga orang mangsa yang sedang tidur di kediaman masing-masing telah ditarik dari katil mereka dan menjunam ke bawah.


Pegawai hari ini berkata, tujuh orang setakat ini telah meninggal dunia di seluruh wilayah dan 552 terpaksa dipindahkan kecemasan.




Mereka juga berkata, 2,751 rumah rosak.


Diiringi kilat, hujan lebat dan hujan batu sebesar bola golf, ribut yang dilaporkan paling teruk dalam lebih sedekad itu turut menyebabkan kerugian ekonomi sebanyak 150 juta yuan (RM99,860,250) kata pegawai tempatan.


Biro cuaca China telah mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan sehingga tahap 12 pada skala angin tempatan, bersamaan dengan taufan Kategori I.


Angin dengan kelajuan sedemikian adalah perkara biasa apabila taufan melanda seperti di China dan tempat lain di Asia Timur, di mana ia jarang ditemui di pedalaman seperti Jiangxi yang terkurung daratan.


Peramal cuaca negara China mengekalkan nasihat amaran cuaca perolakan teruk tertinggi - jingga di beberapa kawasan di tenggara China ketika angin kencang, hujan batu dan ribut petir berterusan hari ini.


Semalam, peramal mengeluarkan amaran oren pertama untuk cuaca perolakan teruk sejak 2013, lapor media kerajaan.


China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna tiga peringkat untuk cuaca perolakan yang teruk, dengan oren mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan kuning dan biru. - REUTERS
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2024 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Naya betul tengah syok syok tido tiba tiba terbang terus mati terhempas..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Holei Taufan

Amitabha tersenyum sinis

Amita Belacan tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2024 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahulu ada hantu ribut taufu ketuk-ketuk pintu nak masuk rumah, tapi tak bawak ole-ole, jadi mama Shin Chan tak bagi masuk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.053842 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list