CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3916|Reply: 0

EPL: Manchester City, Arsenal sama ‘kental’

[Copy link]
Post time 1-4-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Erling Haaland gagal mempamerkan aksi yang diharapkan apabila dikawal ketat benteng pertahanan Arsenal. - Foto ihsan Reuters

MANCHESTER – Misi Manchester City untuk memintas kedudukan pendahulu carta Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian selepas seri 0-0 bertemu Arsenal sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, skuad The Citizens kendalian Pep Guardiola membariskan kesebelasan terbaik dengan Erling Haaland, Kevin de Bruyne serta Phil Foden mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, The Gunners yang dibimbing Mikel Arteta turut mempertaruhkan pemain utama seperti Bukayo Saka, Gabriel Jesus dan Martin Odegaard dalam usaha memburu kemenangan.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah dilihat lebih banyak menguasai sebahagian besar babak pertama dengan kedua-dua pasukan bermain berhati-hati untuk tidak mengambil risiko sehingga melakukan kesilapan mudah.

Peluang terbaik daripada skuad Arsenal pula hadir menerusi percubaan Jesus tetapi sedikit tersasar dengan keputusan babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Bersambung pada separuh masa kedua, City memperkemaskan jentera serangan dan hampir memecah kebuntuan menerusi percubaan pemain tengah, Mateo Kovacic pada minit ke-47 tetapi gagal menepati sasaran.

Haaland juga dilihat gagal memberikan prestasi terbaik apabila kelibatnya mudah dirantai pertahanan Arsenal, Gabriel dan William Saliba sepanjang perlawanan.

Kedua-dua pasukan berusaha untuk merombak formasi dengan memasukkan beberapa pemain gantian tetapi kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan seri itu menyaksikan Arsenal kini menduduki tangga kedua liga apabila dipintas Liverpool yang melakar kemenangan 2-1 ke atas Brighton malam tadi dengan City kekal di kedudukan ketiga. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... rsenal-sama-kental/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.252020 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list