View: 7254|Reply: 0
|
[Pahang]
Tiada lagi kupon parkir bergores di Kuantan mulai esok
[Copy link]
|
|
Penggunaan kupon parkir bergores MBK berakhir hari ini. - FAIL NSTP
KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) tidak lagi menggunakan kupon letak kenderaan bergores, bermula esok.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata selepas hari ini, kupon letak kenderaan tidak boleh digunakan lagi dan beralih kepada sistem pembayaran parkir digital sepenuhnya.
"Pemilik kenderaan diminta membuat pembayaran di mana-mana terminal letak kereta berhampiran atau melalui aplikasi mudah alih Pahang Go dan membuat pembayaran secara dalam talian.
"Pengguna akan dimaklumkan sebelum tamat masa parkir dan boleh menambah masa dengan membuat bayaran yang diperlukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemilik kenderaan yang tidak mempunyai telefon pintar atau aplikasi parkir, boleh membuat pembayaran di terminal disediakan dengan memasukkan nombor pendaftaran kenderaan.
"Terminal parkir disediakan di kawasan parkir di daerah ini bagi memberikan kemudahan kepada pemilik kenderaan," katanya.
Difahamkan, sistem pembayaran parkir digital sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu tetapi ditangguhkan bagi membolehkan mereka yang membeli kupon menggunakannya sehingga 31 Mac.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kuantan-mulai-esok |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|