CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3360|Reply: 0

Pan Gon tuntut janji kontraktor

[Copy link]
Post time 25-3-2024 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon pada sidang media praperlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 menentang Oman di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - Foto NSTP/ AZIAH AZMEE

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon menuntut janji daripada kontraktor yang berjanji akan menyediakan padang terbaik di Stadium Nasional, Bukit Jalil bagi aksi menentang Oman, malam esok.

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan, kontraktor sebelum ini berjanji akan menyediakan padang terbaik bagi perlawanan keempat Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Beliau memaklumkan belum melihat keadaan padang di Stadium Nasional, namun berharap permukaan padang itu berada dalam keadaan terbaik bagi mengharungi aksi penting menentang Oman.

"Mengenai padang (Stadium Nasional), saya belum lihat lagi. 'Technicians' (kontraktor) janji akan bagi padang yang terbaik pada hari perlawanan.


"Jadi kami perlukan padang yang baik, harap esok kami dapat lihat padang yang bagus," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Sebelum ini, Pan Gon menyatakan rasa tidak puas hati dengan padang Stadium Nasional, namun beliau meletakkan kepercayaan terhadap kontraktor yang berjanji padang terbabit akan berada dalam keadaan baik sebelum aksi menentang Oman.

BH Sukan semalam melaporkan padang berkenaan dalam keadaan 'tidak cantik' apabila gambar yang dirakam menerusi dron oleh jurugambar NSTP mendapati permukaan padang di gelanggang keramat Harimau Malaya itu kelihatan masih ada kesan tampalan rumput.

Ia sekali gus menimbulkan persoalan adakah padang Stadium Nasional bersedia sepenuhnya untuk aksi Malaysia menentang Oman esok.

Persoalan mengenai kesediaan Stadium Nasional untuk aksi menentang Oman sudah dibangkitkan sebelum ini susulan penganjuran konsert Ed Sheeran, bulan lalu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 8 Mac lalu bagaimanapun memutuskan pemilihan Stadium Nasional untuk aksi terbabit selepas melakukan lawatan ke gelanggang itu dan mendapat jaminan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Sementara itu, ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy menjelaskan bahawa pihaknya sudah sedia maklum mengenai keadaan padang Stadium Nasional yang kurang baik.

"Malangnya, kami menerima makluman mengenai cuaca di Malaysia yang kerap hujan dan (padang) tidak akan bersedia dengan baik untuk perlawanan itu.

"Pemain mengetahuinya dan akan bersedia dari segi fizikal, taktikal dan psikologi. Kami tahu ia (padang) tidak bagus dan kami tidak akan berlatih di sana," kata Silhavy.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ut-janji-kontraktor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.038033 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list