CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6805|Reply: 0

Chelsea, City diancam turun divisyen

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Dua kelab gergasi EPL, Manchester City dan Chelsea diancam penyingkiran ke liga bawahan jika didapati bersalah melanggar peraturan kewangan FFP. – Foto premierleague.com

LONDON: Chelsea dan Manchester City diberi amaran mereka mungkin disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) jika didapati bersalah melanggar peraturan kewangan.

City menentang sekeras-kerasnya 115 pertuduhan yang dibawa oleh ketua undang-undang Liga Perdana pada Februari 2023.

Satu suruhanjaya bebas dijangka mendengar kes itu pada akhir musim luruh.

Chelsea yang menghuni tangga ke-11 ketika ini belum lagi didakwa.



Namun pada musim panas lalu mereka dikatakan terbabit dalam salah laku kewangan ketika era Roman Abramovich yang menyaksikan pembayaran dibuat kepada ejen daripada akaun yang tidak melalui kelab.

Penyata kewangan terbaharu kelab Stamford Bridge itu menunjukkan £150 juta (RM905 juta) disediakan apabila Todd Boehly dan rakan membeli kelab itu bagi menampung kemungkinan kos perundangan.

Kini dua kelab gergasi EPL itu diberitahu mereka mungkin berdepan hukuman muktamad - oleh suruhanjaya yang memotong empat mata daripada Nottingham Forest minggu ini.

Dalam alasan bertulis setebal 52 muka surat, Robert Glancy KC, pakar undang-undang sukan Mark Hovell dan pakar perakaunan Steve Holt menerangkan sebab mereka menghukum Forest dan meletakkan £34.5 juta (RM208 juta) pelanggaran Peraturan Keuntungan dan Kelestarian kelab City Ground itu dalam konteks.

Mereka merujuk kepada sekatan tanpa had yang tersedia dalam apa jua keadaan, "bermula dari amaran hingga penyingkiran daripada Liga Perdana."

Suruhanjaya itu menambah: "Di mana pelanggaran PSR adalah 'kecil', maka suruhanjaya lain akan menentukan sama ada sebarang pemotongan mata perlu, sesuai atau berkadar.

"Tetapi jika pelanggaran itu disifatkan dengan betul sebagai 'utama' maka mungkin sekatan yang amat berat seperti penyingkiran adalah lebih sesuai." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ncam-turun-divisyen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048991 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list