CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2450|Reply: 0

Pemain perlu cepat sesuaikan diri beraksi 3 pagi - Pan-gon

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:09 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon (dua dari kiri) memberi arahan kepada pemain Harimau Malaya ketika latihan di Wisma FAM. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengharapkan anak buahnya dapat segera menyesuaikan diri sebaik tiba di Muscat, Oman, Ahad ini sebelum turun menentang tuan rumah dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, awal pagi Jumaat depan.

Jelas jurulatih dari Korea Selatan itu, perbezaan waktu lima jam antara Malaysia dan Oman ditambah waktu perlawanan bermula 3 pagi waktu Malaysia sebenarnya agak menggusarkannya.

Menurutnya, sepak mula yang ditetapkan itu pastinya memberi kesukaran buat barisan pemain biarpun di Oman pada ketika itu jam 10 malam.

Lantas, katanya, pemain tidak memiliki banyak masa dan mereka perlu segera menyesuaikan diri apabila turun menentang pasukan di ranking ke-80 dunia itu.


"Ia perlawanan sukar. Pasukan di rangking ke- 130 (ranking Malaysia) menentang pasukan ke-80 dunia.

"Bermain di tempat lawan, perbezaan waktu...kami pula tidak pergi awal untuk penyesuaian waktu dan kita akan pergi ke sana beberapa hari sebelum perlawanan.

"Pemain perlu segera menyesuaikan diri terutama perbezaan waktu apabila perlawanan bermula pada 10 malam (waktu Oman), tapi di sini pula waktu itu jam 3 pagi. Ia cukup sukar, memang sukar," katanya.

Selepas aksi di Muscat, kedua-dua pasukan akan sekali lagi beradu tenaga empat hari kemudian di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ketika ini, skuad Harimau Malaya menduduki tangga pertama Kumpulan D dengan mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan sebelum ini.

Pan-gon mengharapkan anak buahnya mampu membawa pulang satu mata di Muscat bagi mengukuhkan kedudukan sekali gus mengintai slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

"Apapun kami perlu hadapinya dan untuk layak ke pusingan berikutnya, kami perlu sekurang-kurangnya dapatkan satu mata. Harap kami dapat satu mata," katanya yang mengidamkan kemenangan ke atas Oman di SNBJ.

Berdasarkan format kelayakan, dua pasukan terbaik daripada sembilan kumpulan di pusingan kedua itu akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, selain turut layak automatik ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... aksi-3-pagi-pan-gon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Perempuan,Albertine Leo Jia Hui,  Enam Tahun Dilapor Hilang di Iskandar Puteri
YgBenarPulis Minta Bantuan Kesan Kanak-Kanak Pe
Views : 36599 Replies : 55
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 92707 Replies : 1047
Khai Bahar bawa BF g Sarawak
leftenanhensemKhai Bahar bawa BF g Sarawak
Views : 57092 Replies : 85
Ekonomi dijangka melonjak pada separuh kedua - RHB Investment
AbahmungEkonomi dijangka melonjak pada separuh k
Views : 16682 Replies : 3
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 32239 Replies : 174
Joe Biden tarik diri perebutan jawatan Presiden, Harris calon Demokrat
ultra78Joe Biden tarik diri perebutan jawatan P
Views : 21726 Replies : 22
Warga KL paling murung, stress
JoyahMengayahWarga KL paling murung, stress
Views : 7535 Replies : 76
TAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dunia akibat kanser
mojarean_XTAKZIAH: Isteri Wan Saiful meninggal dun
Views : 6402 Replies : 8
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 21169 Replies : 348
Lelaki hampir muflis dipergunakan abang ipar guna nama buat pinjaman bank pembelian kereta baharu Rm100k.Wajar atau tidak
YgBenarLelaki hampir muflis dipergunakan abang
Views : 35696 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list