CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13658|Reply: 14

[Tempatan] 'Tak boleh buat kerja...Jangan kasi malu kementerian atau Tourism Malaysia', Tiong King Sing

[Copy link]
Post time 24-2-2024 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 24-2-2024 10:16 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Datuk Ammar Abd Ghapar tidak dipecat sebaliknya diturunkan jawatan kepada Timbalan Pengarah, kata Menteri Pelancongan, Seni dan
Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing.


Menurut King Sing, tindakan tersebut dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan.

Jelas beliau, MOTAC telah memutuskan pengganti jawatan tersebut disandang oleh Manoharan Periasamy, dan pelantikan dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya memang sudah bagi banyak kali peluang dan nasihat termasuk timbalan saya... apa yang dia boleh buat yang terbaik untuk negara kita mengenai pelancongan.

“Tetapi saya tidak tahu... dia tiada idea atau dia tak tahu. Kalau kamu tidak boleh ‘perform’ saya mesti tukar dan ia bukan pecat.

“Saya bagi dia turun pangkat sahaja, memang dari dulu bila Ketua Pengarah (KP), bekas KP pencen memang dia dalam senarai bukan nombor satu.

“Saya beri peluang sebab dia ada PhD (Ijazah Kedoktoran) dalam pelancongan.


“Tetapi dia tidak jalankan tugas, dia tidak membuktikan PhD itu. Dia tidak melakukan libat urus dengan negeri-negeri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.


King Sing berkata, Ammar dijangka bersara pada Mac tahun depan tetapi MOTAC tidak boleh menunggu sehingga tempoh tersebut bagi memastikan industri pelancongan dapat terus berkembang.


Dalam masa sama, beliau menegaskan pelantikan Manoharan tidak boleh dijadikan sebagai isu perkauman.


"Jangan mainkan isu perkauman, kita semua sama.


“KP Mano (Manoharan) naik, dia ikut proses... semua Akta (Industri) Pelancongan 1992. Kita ikut akta.


“Tiada langsung mengenai rasis. Kita kata semua (pelbagai kaum), lain- lain kaum macam mana? Polis pun ada lain kaum juga.


“Mana kita boleh kita kasi (pegang jawatan) kalau dia tak boleh buat kerja, jangan kasi malu kementerian atau Tourism Malaysia,” tambah beliau lagi.


Manoharan ketika ini merupakan Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika), memangku Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).


Sebelum ini, Ammar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.


Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kp-pelancongan-bukan-dipecat-tapi-turun-pangkat-sebab-prestasi-merosot






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu tourism Msia sekarang .. cam x de aktiviti je!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke tiong yg tak perform?


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde gambar manoharan ke?

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:54 PM | Show all posts
Nurdianah replied at 24-2-2024 10:44 PM
Sendu tourism Msia sekarang .. cam x de aktiviti je!

speechless..




Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
baik ambik haflin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg berckp tu perform sgt kah?
Tunjuk sket kpi dan result last year

Hrp bukan kpi yg kacamg sgt la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn yg naik sepet jgk. Karipuley rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah setan
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 24-2-2024 10:44 PM
Sendu tourism Msia sekarang .. cam x de aktiviti je!

Tapi kereta penuh atas jalan. Tadi lalu hiway Elite asyik jem je.

Kenduri kendara tu salah satu yg mengaktifkan pelancongan dalam negara.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 24-2-2024 11:18 PM
Ingtkn yg naik sepet jgk. Karipuley rupanya.

Heshe taknak nmpk sangat naikkan bangsa dia kot. Mungkin kp baru sejenis yes man.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 01:31 AM | Show all posts
terbaik menteri..

buang je
ingat ada phd padu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 10:00 AM | Show all posts
Ele tiong pun sama, alih2 rakyat sendiri berbondong2 g thailand. Apa cer?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik tak kena buang dah nak pencen pun selalu mcm ni gomen servants ke glc yg previously gomen pun bila nak pencen makin lemau tunggu pencen je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.072341 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list