CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14744|Reply: 71

[Tempatan] Jangan jadikan isu kelemahan ringgit sebagai senjata politik - PM Anwar

[Copy link]
Post time 24-2-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anwar berkata, kerajaan sentiasa cari jalan untuk atasi perkara itu termasuk dengan memperkenal kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menjadikan isu kejatuhan nilai ringgit sebagai senjata politik sehingga tidak bersandarkan kepada fakta.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sentiasa mencari jalan untuk mengatasi perkara itu termasuk dengan memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI yang bertujuan memperkasa ekonomi negara.
Beliau berkata hasilnya, pada tahun lepas pelaburan mencatatkan jumlah paling tinggi dalam sejarah di sebalik kejatuhan nilai ringgit.


"Kadang-kadang orang lupa, bila jadi isu politik nak hentam sahaja. Kalau dunia tiada keyakinan, pelaburan akan di tahap perlahan.

"Dunia dan pelabur ada keyakinan, maka kita catat pelaburan tertinggi (tahun lepas) dalam sejarah Malaysia, inflasi menurun, kadar pengangguran menurun dan pertumbuhan (ekonomi) dapat dipertahankan dalam keedaan dunia lembap dari segi pertumbuhan ekonomi," katanya ketika berucap di majlis perasmian Restu Global Quranic Arts Festival 2024 di Kompleks Nasyrul Quran, di sini hari ini.

Anwar berkata pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dapat ditangani memandangkan perdagangan Malaysia dengan China, Indonesia dan Thailand menggunakan nilai mata wang tempatan.

"Perdagangan Malaysia yang terbesar ialah dengan China iaitu 25 peratus dagangan menggunakan ringgit dan mata wang China (renminbi), 18 peratus dengan Indonesia menggunakan ringgit dan rupiah, 20 peratus dengan Thailand menggunakan ringgit dan baht, maka isu dolar tidak ada kesan.

"Kita bimbang kalau kalau ringgit jatuh, inflasi naik, pertumbuhan terbantut dan pelaburan tidak datang. Itu kita bimbang... sekarang ini semua angka dan data ekonomi menunjukkan kita di landasan yang betul," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata konteks MADANI bertujuan untuk mengangkat ekonomi selain memperkasa seni dan budaya, namun dalam masa yang sama nilai dan akhlak itu tetap diterap dalam setiap pembangunan.
"Apa erti pembangunan mencakar langit (kalau) rakyat tertekan dan tidak dipeduli? Apa erti kilang-kilang dan gedung-gedung hebat tetapi pekerja dalamnya ditekan dengan gaji rendah," katanya.

Perdana Menteri seterusnya menyeru agar budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran terus diperluas bagi melahirkan generasi al-Quran.
"Generasi al-Quran ini, dia baca, faham dan amalkan. Kalau tidak, kita ada kesenjangan atau perbezaan. Kita bicarakan mengenai keadilan, tapi kita tolak ansur dengan penyelewengan, kezaliman dan rasuah yang berlaku.

"Pendirian saya dalam Kerajaan MADANI, saya tidak mahu tolak ansur lagi mengenai prinsip tatakeloka, bersihkan negara daripada rasuah," katanya.
Restu Global Quranic Arts Festival 2024 bertema "Gaya Hidup Islami" yang berlangsung dari 23 Feb hingga 3 Mac ini bertujuan mempromosi Islam sebagai sebahagian gaya hidup selain menggalakkan pemahaman dan penghayatan yang lebih mendalam terhadap al-Quran melalui medium seni.

Pada majlis hari ini Anwar turut melancarkan Mushaf Al-Ummah yang bertujuan mengembalikan tradisi penyalinan al-Quran seperti yang dilakukan sepanjang sejarah Islam bermula sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Anwar juga melancarkan Buku ADAB MADANI bagi mengembalikan budaya menyalin dan menulis dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penulisan positif agar elemen positif ditonjolkan dalam kehidupan masyarakat berbanding elemen negatif, selain memupuk akhlak baik merentasi bangsa, warna kulit, golongan dan fahaman.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa dan Timbalan Pengerusi merangkap Pemegang Amanah Yayasan Restu Datuk Seri Ahmad Maslan.
-- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu reply korang. Keh keh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-2-2024 09:22 PM
Tunggu reply korang. Keh keh.

Suruh kj reply

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini tidak adil, tidak adil bagiku ..haha

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe gabenor boleh komen panjang lebar karangan 1000 patah perkataan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts

Anwar juga melancarkan Buku ADAB MADANI bagi mengembalikan budaya menyalin dan menulis dalam kalangan masyarakat, menggalakkan penulisan positif agar elemen positif ditonjolkan dalam kehidupan masyarakat berbanding elemen negatif, selain memupuk akhlak baik merentasi bangsa, warna kulit, golongan dan fahaman.


Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dulu Ms zaman najib jd pm pembangkang jdkan isu ringgit utk meraih sokongan politik jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2024 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Seperti meludah ke muka sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 10:49 PM | Show all posts
Ianya adalah masalah fundamental, iaitu ada asas maka bila orang bercakap pasal kejatuhan nilai ringgit, susah juga untuk kata mereka berkata dari sisi politik, soal ekonomi, soal pentadbiran atau soal kebimbangan semua pihak dan orang ramai..

Politician terutamanya pembangkan memang akan bercakap dan jadikan sebagai peluru serangan, ini memang tugas mereka sepatutnya... ni tak boleh elak, ini barangkali boleh dijawab secara politk juga

pihak lain dan orang ramai mungkin akan bercakap dari sisi ekonomi, pentadbiran dan sebagainya sebab mereka terkesan dengan kesan buruk nilai rm yang turun.. ini pun tak boleh elak juga, cuma mereka akan bercakap dari persepsi negatif atau positif bergantung kepada mereka sendiri..

sekarang kerajaan selain meneruskan rancangan dan usaha untuk tangani masalah nilai rm ...

mereka perlu beri penerangan dari semua sisi untuk mengekalkan harmoni spt imej baik kerajaan mengurus situasi, supaya majoriti rakyat ada persepsi positif atas usaha kerajaan serta imej baik dimata pelabur atau pandangan dari luar...ini penting supaya majorit rakyat kekal ada persepsi spt yang diinginkan kerajaan  

penerangan perlu secara berterusan kerana selagi ada masalah selagi itulah akan ada keraguan, kebimbangan, kerugian etc kepada rakyat, jd mereka tak akan berhenti bercakap selagi ianya belum selesai....  

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak bideo beliau lalu lalang kat tiktak... Katanya ringgit jatuh sebab tak pandai jaga ini negeri?? Saya ulammmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Si tua kutuk ni mmg dah nyanyuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu zaman ko jadi ketua pembangang dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Apo dia merapu meraban ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2024 11:41 PM | Show all posts
Edited by ^CUN_GILA~. at 24-2-2024 11:43 PM


Keluar Sekejap - KJ


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kau Ketua Pembangkang boleh pulak polotikkan isu kejatuhan nilai RM. Babi kau ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2024 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup nuat
I lorveee u pmx
I purcaya sume kata2 u
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Buai laju... laju...
Sampai pokok sena...
Dia buat2 tahu..
Sudahnya semua kena
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
elok jadi pembangkang je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Do as I say, don't do as I do.. gitew?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.106589 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list