CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7082|Reply: 0

[Kelantan] Op Selamat 21: Polis Kelantan dapati tahap kesedaran masyarakat rendah

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki (tengah) bersama pegawai dan anggota ketika Perhimpuan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Polis Kelantan mengeluarkan sebanyak 9,462 saman sepanjang Op Selamat 21 sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bermula pada 8 Februari sehingga 13 Februari lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya menunjukkan peningkatan sebanyak 5,128 atau 118 peratus berbanding dalam operasi yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 4,334 saman.

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan baru-baru ini, kesalahan paling tinggi dikesan adalah 5,871 Notis Pol 170A iaitu atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju.

"Sebanyak 3,591 saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila dikesan melakukan kesalahan.



"Antara kesalahan yang direkodkan termasuklah memotong di garisan berkembar, memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

"Saman yang banyak ini bukan satu perkara yang dibanggakan sebaliknya ia menunjukkan tahap kesedaran masyarakat terhadap peraturan dan undang-undang khususnya di jalan raya masih lagi rendah," katanya ketika sidang media selepas Perhimpuan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, jumlah kes kemalangan yang berlaku dalam Op Selamat 21 baru-baru ini menunjukkan penurunan sebanyak 10 peratus iaitu 250 kes berbanding 279 kes pada tahun lalu.

"Bagaimanapun, angka kematian menunjukkan peningkatan iaitu lapan kematian pada tahun ini berbanding lima kematian pada tahun lalu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seperti Bachok, Pasir Puteh dan Tumpat yang mempunyai kawasan pantai supaya lebih kerap mengadakan pemantaun berikutan kekerapan berlaku kes mati lemas sejak kebelakangan ini.

"Pada ketika ini, keadaan pantai kurang selamat selain ombak yang sukar diramal menyebabkan masyarakat perlu lebih berhati-hati ketika beriadah di pantai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Dalam masa, pengunjung yang datang beriadah di kawasan pantai juga perlu mematuhi bendera merah yang dipasang selain ibu bapa juga perlu mengawal anak-anak mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-masyarakat-rendah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048659 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list