CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6013|Reply: 0

[Tempatan] Buruh Bangladesh ditemukan lemas selepas ditarik ombak

[Copy link]
Post time 19-2-2024 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Buruh Bangladesh ditemukan lemas selepas ditarik ombak
Bernama
Februari 18, 2024 15:36 MYT

KUANTAN: Seorang buruh warga Bangladesh ditemukan lemas selepas dipercayai ditarik ombak semasa mandi di pantai Kampung Baru Gebeng di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Md Rashidul, 30, ditemukan terdampar di pantai pada 4.51 petang kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.

"Mangsa bersama dua rakan dikatakan mandi sekitar 100 meter dari pantai itu pada 12 tengah hari sebelum mereka ditarik ombak. Bagaimanapun rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa dikatakan tenggelam dan hilang.

"Rakan mangsa bergegas pulang ke kilang tempat mereka bekerja untuk memberitahu pengurus mereka yang kemudiannya memaklumkan polis pada 3.15 petang," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat.

Pada kes berasingan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria berkata seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang di Sungai Kuala Sat, Jerantut dekat sini.

Mangsa Mustaqim Rizman, 12, dipercayai mandi bersama rakannya di sungai itu sekitar 4 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan melibatkan bomba dan polis serta orang kampung sebelum dihentikan lewat petang tadi ekoran cuaca yang semakin gelap dan akan bersambung esok.
-- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.245905 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list