CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8457|Reply: 0

[Sarawak] Bersatu demi kekalkan kestabilan politik

[Copy link]
Post time 5-2-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode


Wong (tujuh kiri) bersama yang lain ketika meraikan perpaduan antara PDP-PSB pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran PSB Bawang Assan di Sibu pada Sabtu lepas.

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) memilih untuk menyertai pakatan politik bagi mengekalkan kestabilan politik baik di peringkat negeri mahupun pusat.

Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh berkata, pengalaman lalu terutamanya dengan konflik politik berlaku di Semenanjung Malaysia yang menyaksikan beberapa pertukaran Perdana Menteri telah menyedarkan PSB.

"Kita perlu bersatu untuk mengekalkan kestabilan politik. Oleh itu, kami memutuskan untuk bersatu di bawah payung pakatan politik.

"Di bawahnya, kita harus mengenepikan perbezaan peribadi dan politik sambil mengutamakan rakyat dan negara, membangunkan Sarawak, dan mencari kebajikan untuk rakyat Sarawak.

"Demi perkara tersebut, PSB telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dengan Parti Demokratik Progresif (PDP) pada 13 Julai 2023 di Kuala Lumpur," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran PSB Bawang Assan di sini pada Sabtu lalu.

Dengan MoU itu, jelasnya, ia bermaksud bahawa kedua-dua parti telah 'bertunang'.

Menurutnya lagi, kini kedua-dua parti sedang giat menjalankan pelbagai usaha bersama serta sedang bersiap sedia untuk 'berkahwin' dan bakal menjadi sebuah keluarga tidak lama lagi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan berkata, PDP difahamkan mempunyai 100,000 ahli manakala PSB mempunyai lebih 85,000 ahli.

"Dengan ini, kami yakin dapat membentuk kuasa yang kuat dan pastinya akan mencapai banyak perkara yang hebat di bawah kepimpinan Presiden PDP Dato Sri Tiong King Sing," jelasnya yang juga pengerusi PSB Bawang Assan.

Wong juga menyifatkan perpaduan, kerjasama serta 'pertemuan semula' antara PDP-PSB sungguh bermakna dan diyakini akan membawa impak besar kepada Sarawak dan rakyat khususnya.

Menyentuh mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, Wong berkata, sambutan tahun ini sungguh bermakna kerana 2024 adalah tahun naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengerusi PDP Bahagian Dudong Kaunselor Datuk Teo Boon Siew, Pengerusi PSB Dudong Wong Hie Ping dan Ketua Pemuda PDP Bahagian Bawang Assan Kaunselor Joshua Ting.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.037999 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list