|
Baru-baru ini, pelakon Amyza Aznan, memaklumlan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 49, terpaksa ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan semakin kritikal. Menurut Amyza, suaminya kini ditempatkan di Hospital Ampang.
Terbaru, memetik laporan Harian Metro, Amyza berkata, suaminya tidak jadi ditidurkan. Namun begitu, keadaan suaminya itu agak kurang baik.
Tambah Amyza, Khairil terpaksa menjalani dialisis seumur hidup kerana mengalami kerosakan buah pinggang.
"ada mulanya doktor memang bercadang hendak tidurkan suami buat kali kedua semalam, tetapi tidak jadi.
"Bagaimanapun, suami perlu menjalani dialisis kerana buah pinggangnya sudah rosak sepenuhnya, selain toksin yang sudah memenuhi keseluruhan badan".
Jelasnya lagi, suaminya kini berada dalam pemantauan doktor berikutan keadaannya yang turun naik.
"Sekarang, suami sedar, tapi lemah. Semalam keadaannya agak merisaukan".
Sama-sama kita doakan semoga suami Amyza cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Harian Metro |
|