Pengangkutan seperti bas, LRT (light rail transit) dan MRT (mass rapid transit) merupakan salah satu daripada kemudahan awam yang disediakan di sesebuah negara termasuk Malaysia.
Pengangkutan awam ini perlulah dijaga dengan baik oleh semua pihak termasuk rakyatnya agar sentiasa bersih dan selesa untuk dinaiki.
Lelaki kongsi keadaan stesen tren di LA yang kotor dan jijik
Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan di sebuah stesen tren di Selatan California, Amerika Syarikat (AS) yang kelihatan agak kotor dan menjijikkan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hamalsiren, lelaki berasal dari Malaysia itu berkongsi pengalamannya menaiki train atau subway dari stesen Los Angeles (LA).
Sampah merata-rata, siap ada yang muntah di stesen
Berdasarkan video terbabit, kelihatan sampah sarap berada di merata-rata tempat, baik di tempat menunggu sehinggalah ke bahagian landasan tren di stesen tersebut.
Lebih menjijikkan, turut kelihatan di dalam video seorang lelaki yang berada dalam keadaan seperti merangkak sedang muntah berhampiran tempat duduk awam stesen terbabit.
Dalam train bau busuk dan ada gelandang tidur
Jelas lelaki itu lagi, suasana di dalam gerabak itu juga berbau busuk dan terdapat beberapa gelandangan (homeless) tidur di dalamnya.
Perkongsian video berkenaan mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak lebih 610,000 dan 35,000 tanda suka di TikTok.
Netizen rasa jijik, bersyukur dengan keadaan stesen KTM, MRT dan LRT di Malaysia
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa jijik melihat keadaan stesen dan train di kawasan tersebut.
Malah, video terbabit juga sedikit sebanyak telah mengajar mereka untuk lebih bersyukur dengan keadaan pengangkutan awam seperti stesen KTM, MRT dan LRT yang ada di negara ini.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menyifatkan ia sebagai ‘indah khabar dari rupa’ apabila apa yang digambarkan selama ini di media sosial mengenai suasana di sana adalah berbeza dengan pengalaman yang dilalui sendiri.
Post time 25-1-2024 05:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat malaysia ni beruntung pasal ramai warga rohingya/bangla/indonesia yang korang suka caci tu sanggup bekerja sebagai tukang cuci, tukang sapu sampah. Kalau takda pekerja-pekerja asing ni lebih kurang je kotornya dan mungkin lagi teruk.
Post time 25-1-2024 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 25-1-2024 05:38 PM
Nah. Ni kat Philly. Macam si Apipp kata tu.
Akak i duduk us keje sana dah berpuluh thn. Komen dia malaysia ni lagi safe in general dari duduk sana. Dia g keje naik bas asalnya dah tetiba ada jantan mental menembak rambang dlm bas laluan dia, terpaksa makcik tu drive kete pulak. Parking pulak mahal. I yg pakai my50 ulang alik keje naik lrt rasa lucky sgt
adm7 replied at 25-1-2024 05:58 PM
Kat malaysia ni beruntung pasal ramai warga rohingya/bangla/indonesia yang korang suka caci tu sangg ...
Bersihlah sangat
Penduduk Kampung Plentong Baru dekat sini memohon bantuan pihak berwajib bagi membantu mereka mengusir warga Rohingya yang menetap di kampung berkenaan.
Ketua Kampung Senibong Mukim Plentong, Abd Rahim Moen berkata, penduduk terpaksa mengambil tindakan itu kerana kawasan persekitaran tempat tinggal mereka itu agak kotor dengan dipenuhi sampah sarap.
Post time 25-1-2024 07:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mode suci diri..nk kata mesian pembersih
bodoh nya oang..ko ingat haku heran? omputih pompuan lagi kencing dlm train..ngadap aku lagi..still aku kata mesia kotoq
ayah kawan aku ckp melben tu bersih mcm mekah
oang klo dah mabuk dek arak dadah..berak depan ko dlm train ka tu biasa..awek omputih mabuk selak panty turun kencing tepi jalan kat pokok bunga haaa..nk ckp pe? tu mabuk..klo dia waras tak buat
yg cilako nya oang mesia katanya waras..arak ni melayu jauh sekali..isap dadah pun nyorok nyorok tapi pesai kotoq? pasal buang sampah merata..ianya bab etika perangai education takat cari makan tadak bab sivik
tu artikel nk sedapkan hati dgn perangai pengotoq oang mesia..oang luo mai kutipkan sampah
Post time 25-1-2024 09:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 25-1-2024 05:38 PM
Nah. Ni kat Philly. Macam si Apipp kata tu.
Ada 1 docu kt netplik tu kt negeri mana dh lupa narcan tu mcm panadol wajib kna ada kt umah pasey kes overdosed depa paling tggi kt us.
Paramedic xmenang tgn so depa² ni kna administer sendri kalo member/family member o/dose.
Narcan punya supply is free state yg tanggung.