Ain Edruce terpaksa bergegas pulang sebelum tampil secara langsung menerusi program Melodi pada Ahad susulan anak perempuannya diserang sawan akibat demam panas.
Kata Ain atau Nurulain Edruce, 33, anaknya itu dalam keadaan baik ketika dia keluar rumah untuk ke studio sebelum mendapat panggilan memaklumkan keadaan Soraya.
Foto: IG
"Dalam pukul 10.30 pagi tadi (Ahad) dia bangun tidur macam gembira. Hati saya pun tenanglah. Saya bersolek untuk ke studio.
"Dah sampai di set, dah siap latihan dengan Bell Ngasri, kemudian dapat panggilan Soraya masuk hospital. Saya hubungi suami semula dan dia kata Soraya diserang sawan.
"Rasa gugur jantung saya. Dengan Melodi dah nak bermula... Tuhan sahaja tahu perasaan saya," katanya.
Ain menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar bersama Soraya yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Dalam satu perkongsian lain, Ain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah yang menunjukkan suaminya, Amirul Hafiz berdepan keadaan cemas itu.
"Saya tengok video dekat CCTV. Sedih rasanya. Perkara ini terjadi betul-betul selepas saya pergi kerja.
"Anak menangis saya tiba-tiba tiada di rumah. Naik tinggi suhu badan. Soraya tak pernah sawan. Saya tidak tahu bagaimana Amirul boleh kawal situasi ini," ujarnya.
Menurutnya lagi Soraya sudah tiga hari demam sebelum ini dan kini masih menerima rawatan di hospital.
"Soraya dah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi (Ahad) demam naik sehingga suhu badan 40 darjah. Sudah bagi ubat pun tak surut.
"Demam dia masih tinggi. Doakan dia sihat," jelasnya.
Post time 8-1-2024 10:57 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mak² ni bila ank demam paling takut jd sawan.
Once dh sawan skali mmm..paham² je la.
Jgn bgantung ngn obat sgt.
Demam panas wajib jerlun budak tu kt area hotspot dia.
Penat mmg penat, tp biar penat dr ank tu sawan sbb temperature tggi sgt.
Tnya la mana² peads pn, jerlun is tried and true method bila ank demam.
Gws soraya!
Post time 8-1-2024 11:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
semoga cepat sihat.
anak iols pernah kene sawan umur 6bulan, dah la agak lama (biru dah dia) iols tak perasan sbb dia tido dlm bilik dah psg cctv, bby cam tu pun iols tak perasan sbb dia tak keluarkan bunyi.
doc pun pelik sbb suhu normal. mula2 ct scan pastu doc x puas hati mcm ada sesuatu buat plak mri. iols dah merempan time ni semua ada rasa (bersalah, takut, runsing, mcm2).
alhamdulillah dah 5thn skrg ni xpernah dpt attack lagi sejak aritu.
doc ckp once baby kene sawan perlu pantau smpai umur dia 5/6 thn sbb high possibility akan dpt lg. lepas tu akan ok.
Post time 8-1-2024 11:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols pun setuju method jerlun tu. Petua org tua buat air daun bunga raya, lendir bunga raya sejukkan badan, then lap2 badan anak. Letak towl basah kt dahi. Lepas jerlun boleh gak letak cool fever belakang badan, bawah ketiak, dahi (kalau tak letak kain basah). Walaupun mcm2 org ckp pasal letak cool fever selama iols buat kt anak doktor tak larang, ikut la masing2 kan anak kome
get well soon soraya....kesian budak2 bila dh demam ni...method jerlom tu mmg sy setuju....base on pengalaman sendiri la...mmg tak lena tido mlm...kejap2 lap badan anak..kering sket..lap agi...last2..tilam pun basah...
Post time 8-1-2024 12:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Thunderclouds: Mak² ni bila ank demam paling ...
Aku dedulu anak anak aku demam.. terus mandikan air suam.. pas tu bentang toto bwh kipas.. pakai baju yg sejuk dan longgar . Pas tuu aku letak kain lembap kat tiak.. celah kankang.. pongong.. dahi.. tapak kaki.. setiap 5 ke 10 minit lembapkan balik.. mmg cepat kebah.. sampai dah beso dgn laki aku sekali aku buat.. hahaha . Mmg tertido lena depa.. dlm dua jam pas tuu aku gerak bg mandi lagi..
Post time 8-1-2024 01:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
i akan jerlum dgn air asam jawa.. sbb ssh nk cr daun bunga raya.. kt hosp dlu siap guna ais batu utk reda kn kebah tu..
tp mmg kne start dari kaki dlu tau. jgn terus kepala.. shot la badan terkejut.. lap2 every 2 hrs.. klu demam tgi sgt, cpt kain tu kering.. kain basah tu ltk kt pelipat2.. mcm ketiak, celah peha, blkg bdn..
mmg sedih tme ank2 demam.. dh la dorg xde selera nk mkn.. terbaring je... nk mnm susu pn x selera.
Post time 8-1-2024 01:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
A-Are replied at 8-1-2024 01:13 PM
ohh...ok2...tp kalau mandikan pon ok jugakkan...slalu anak demam i kerapkan mandi
mandi tu pg n mlm je. klu kita nk srh dorg bgn tiap 2 jam kecian la kn... bdk dh melepek mcm tu..
the best tu yg jerlum.. demam tu normal tp jgn smpi spike tgi.. i klu dlm jam 11 mlm check temp 39.. i dh berdebar.. sbb between 12-3 am ni temp akan spike tgi gila.. kita pn kdg terlelap.. lmbt jerlum.. tkut la sawan kn..
tme kecik, i sumbat siap2 ubat bontot tu.. tp ni ank2 dh besar, paksa mkn ubat la