CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: caseyhoo

Periuk Kera - Nepenthes

[Copy link]
Post time 8-1-2007 05:36 PM | Show all posts

Reply #98 niceghost2005's post

NG, yang penuh dgn tanah tu adalah TANAH LIAT.. kebiasaannya pokok yang dibeli bersama2 dgn tanah liat dalam pasu tu adalah yang diambil dari hutan, bukan yang dikulturkan.  Just for some information from the nepenthes community, collecting nepenthes from the wild is prohibited.  kebanyakan periuk kera skrg hampir pupus sebab orang ramai kutip periuk kera dari hutan secara banyak2.  ini kerana pokok periuk kera skrg dh jadik garden trend masa sekarang..

Tanah liat adalah habitat semulajadi periuk kera. tapi bukan sebarang tanah liat boleh diambil. tanah liat yang boleh digunakan HANYA dari tanah liat hutan, yang mana ada periuk kera tumbuh disitu.. tanah liat tersebut adalah berasid, sesuai utk pertumbuhan pokok periuk kera :tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 07:00 PM | Show all posts
Assalamualaikum antificialive,

Pokok haper nie??
Species PERIOK KERA juga ker??



Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 07:05 PM | Show all posts

Reply #101 niceghost2005's post

Wa'alaikumussalam NG,
itu adalah sejenis pokok karnivor, tapi family lain dari periuk kera. Ia adalah dari family Sarracenia atau biasanya org sebut Sarrs.

Periuk kera dipanggil Tropical Pitcher Plant (nama saintifik: Nepenthes)
Sarracenia pulak dipanggil American Pitcher Plant, sebab asal habitatnya cuma ada kat Amerika sahaja.

American Pitcher Plant: Sarracenia atau singkatannya Sarrs.
Tropical Pitcher Plant: Nepenthes atau singkatannya Neps.

Tak seperti periuk kera, sarrs perlukan waktu dorman atau dormancy period.  dormancy period adalah waktu pokok ni 'berehat' pada waktu musim salji, dan akan tumbuh semula pada waktu selepas tamat musim salji..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 07:06 PM | Show all posts

Reply #101 niceghost2005's post

Opps, lupa pulak..
NG punya Sarrs adalah Sarracenia Flava..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 07:24 PM | Show all posts
Originally posted by artificialive at 8-1-2007 07:05 PM
Wa'alaikumussalam NG,
itu adalah sejenis pokok karnivor, tapi family lain dari periuk kera. Ia adalah dari family Sarracenia atau biasanya org sebut Sarrs.

Periuk kera dipanggil Tropical Pitc ...


Tq Artificialive.

So, haper akan TERJADI terhadap SARRs teman nie??:hmm:
Malaysia maner ader MUSIM SALJI???

p/s  bley taruh dalam peti ais ker??(utk dier rehat period) Kui kui kui kui kui
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 07:47 PM | Show all posts

Reply #104 niceghost2005's post

ok,
firstly, mcmana kita nak tau pokok tu nak berehat??
pokok ni akan menunjukkan simptom2 nak berehat, contohnya perangkap2 yang baru tumbuh tu bersaiz lebih kecil, dan perangkapnya tak berbentuk silinder, tetapi agak pipih sedikit..

then, apa nak buat kalau dah ada simptom2 tu?
jeng jeng...

masa pokok ni baru popular di malaysia, mmg ada orang letakkan pokok ni dalam peti sejuk. insyaAllah pokok tu akan MATI, bukan kerana suhu yang sejuk, tetapi kerana perubahan suhu secara mendadak, dari suhu bilik ke suhu dalam peti sejuk.

apa yang patut dibuat adalah kurangkan penyiraman air ke pokok tersebut, cthnya 1 hari sekali shj utk 2-3 hari.. then siram 4-5 hari sekali.. alihkan ke kawasan/sudut yang agak terang (tak kena direct sunlight) dan berhenti siram air. Hanya siram air pabila moss tu kering sahaja. Moss tu hanya perlu kelembapan yang sedikit (jangan sampai kering terus pulak). Perhatikan pokok tersebut takut2 kena serangan fungus/ kulat. biarkan di sudut tersebut selama 1-2 bulan.. lepas tu insyaAllah pokok tu akan bangun dari 'tidor' dgn mengeluarkan pucuk2 baru.. :tq:

p/s: NG, gambar NG tu, nampaknya moss dia kering.. kena basahkan lagi tuuu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2007 08:53 PM | Show all posts

Reply #100 artificialive's post

ARTIFIC,

AKK PUNYA UMAH MEMANG TANAH LIAT LER..NAK KATA DKT DGN PANTAI, IDAK LER, KALAU BERKERETA, 5 MIN.  KAT SINI POKOK BUAH SENANG HIDUP OR SESWAI, KALAU POKOK MUNGE,ALAMAT JADIK TANAH PERKUBURAN UTK MUNGE.. SKANG KEBANYAKAN AKK TANAM DLM PASU.  MOLEH KER TANAH LIAT SINI..TAK SAMA KUT..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:32 PM | Show all posts


:hmm: ini jenis carnivorous juga kot?? Artificialive
Mcmana penjagaan nya pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2007 10:45 PM | Show all posts

Reply #106 sheila's post

erk akak.. lebih baik gunakan moss tu.. hehe
sebab kebiasaannya tanah liat yang digunakan utk nepenthes ni adalah tanah liat hutan. Tapi kalau periuk kera yang dibeli di kedai, pokok2 ni dh terbiasa dgn sphagnum moss. takut kalau gunakan tanah liat, susah utk dia sesuaikan diri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:53 PM | Show all posts

Reply #107 niceghost2005's post

itu sudah pastinya pokok karnivor NG :solute:
ni nama dia Venus Fly Trap atau nama saintifiknya Dionaea Muscipula

Venus Fly Trap, singkatannya adalah VFT.

OK, pokok karnivor terbahagi kepada 2 jenis, iaitu perangkap pasif dan perangkap aktif

perangkap pasif ni yang jenis tunggu je mangsa.. cthnya neps dan sarrs..

perangkap aktif adalah perangkap yang respon terhadap mangsa.. contohnya VFT

mcmana perangkap VFT berfungsi??
kalau diperhatikan dalam mulut perangkap vft, ada beberapa rambut yang berfungsi utk mengesan mangsa sudah berada di dalam mulut perangkap tu.  Rambut2 tu akan tertutup sekiranya satu rambut tersebut disentuh sebanyak 2 kali, atau 2 rambut tersebut di sentuh sekali pada setiap rambut (huhu harap paham apa yang cuba dibgtau ni..).  VFT juga perlukan dormancy period sebab ia berasal dari US dan australia.. tetapi ada juga beberapa orang yang tanam VFT claim yang VFT ni tak perlukan dormancy period di malaysia. bagaimanapun, adalah tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan pokok tersebut tidak ada peluang utk berehat.

JANGAN bermain2 dgn perangkap dia. bukan sebab perangkap tu akan gigit kita.Haha! tetapi sebab setiap kali perangkap tu tertutup, ia menggunakan tenaga. Dan jika perangkap tu tertutup tetapi takde serangga di dalam, pokok tersebut akan 'penat'. Maksudnya, sia-sia je dia tutup tapi tak dapat makan.  Tenaga digunakan, tetapi makanan tak dapat. Pokok2 yang penat akan mudah mati atau perangkapnya akan menjadi tidak sensitif nanti..

:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:57 PM | Show all posts

Reply #109 artificialive's post

Satu lagi tips yang penting..

Tak seperti Neps, Sarrs dan VFT seeloknya diletakkan di bawah matahari seperti pokok2 bunga biasa yang lain.  Tapi jangan letak terus.. slow2.. kalau tak nanti, pokok2 ni akan kena sunburn..

Sarrs dan VFT sukakan matahari. Dan matahari akan menaikkan kaler merah mulut VFT tersebut.. dan PASTIKAN moss sentiasa lembap.. jangan lupa nak siram sebab moss akan lebih cepat kering jika diletakkan di bawah cahaya matahari..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:52 AM | Show all posts

Reply #95 ilahairi's post

Hehe.. PM me ur address.. insyaAllah if ada keratan batang yang lebih, bole diposkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by artificialive at 9-1-2007 08:52 AM
Hehe.. PM me ur address.. insyaAllah if ada keratan batang yang lebih, bole diposkan..



hehehe sebelum di pos... iLa kena tanya dulu beberapa soalan.. bukan apa klu lah dapat keratan tu nanti (klu dapat) tau lah apa iLa perlu buat...

1. klu tanam dlm kelapa leh tak... alah kelapa yg dijadikan tempat tanam pokok tu...
2. pencahayaan nye lak cam mana... iLa tinggal kat apartment so cuma leh letak kat balkoni je...
3. pengairannye lak cam mana... 1 kali sehari cukup tak...

bukan apa klu org nak bg kt pokok ni, kena lah jaga elok2 jgn sampai ko...hehehe


macam ni pasu kelapa yg iLa maksudkan tu


ni lah laman iLa yg tak seberapa.. belah mana yg sesuai ye... matahari naik belah kiri

hehehe belum dapat dah beranagn2 dulu...:nyorok:

[ Last edited by  ilahairi at 9-1-2007 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 11:54 AM | Show all posts

Reply #112 ilahairi's post

ehhe..

1.  tanam dalam sabut kelapa? sabut kelapa tu sebagai pengganti pasu aje kan? tapi mediumnya mesti ada.. seeloknya gunakan sphagnum moss. Kalau takde, bole digantikan dengan sabut kelapa yang dah dikisar, atau nama omputehnya coconut peat. ada dijual di nursery..

2.  balkoni tu dapat cahaya matahari? kalau balkoni yang ada cahaya matahari redup, insyaAllah mencukupi..

3.  medium utk periuk kera mesti sentiasa lembap, khususnya masa baru lepas tanam pakai keratan batang utk mengelakkan pokok periuk kera daripada dehydrated, dan utk menggalakkan pertumbuhan akar.. periuk kera seeloknya disiram 2 kali sehari..

:tq:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:27 PM | Show all posts

Reply #111 artificialive's post

HUHUHUUHU...TAK KAN ILA JE KUT!! KAK ILA NI, TAK MO KA HANG DERMA UTK MENGUBAT HATIKU YG TELAH KAKU N KERING MCM NEPS AKK TUU...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 08:28 PM | Show all posts

Reply #109 artificialive's post

eeeEEEEEEEEEE........LELAMA DIA BESAUU, PEHTU DIA JADIK MONSTER.. NGAP KITEEERRR!!!  TAKUUUUT!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 08:36 PM | Show all posts

Reply #113 artificialive's post

HAA...NK TANYA PASAL COCOA PEAT NI KAN, AKK ARITU DGN ANAK AKK BUAT OPERASI. MINTAK MAK AKK KIDNAP SEKERANJANG TEMPURUNG KELAPA.  PEHTU, KAMI BOGELKAN TEMPURUNG TU. AMBIK SABUT DIA, PEHTU KAN KAMI KOYAK2 SAMPAIIIII DIA JADIK SABUT KELAPA YG HALUS22. HAA.. KIRANYA TARIK SABUT KELAPA, KALAU TARIK SEBESAR JARI, KAMI CARIK2 SAMPAI DIA JADIK KEMBANG, HALUS DAN RINGAN GITU.  KAMI NK BUAT TUT DGN COCOA PEAT NI..MCM KAT MAJALAH.

1 LAGI KAN ARTIC, BOLEH KER SABUT2 KELAPA YG BELUM DICARIK2 TU, AKK BUH BLAH BAWAH DLM PASU UTK JADIK MEDIUM MENYIMPAN AIR, SBB AKK JARANG2 BALIK UMAH SANA, SBLUM BALIK SIRAAAM POKOK & TINGGAL BERDOA KUT2 ADA HUJAN SEHARI DUA GITU... HUHUHU...ASIIIK TERINGAT KAT ANAK2 POKOK AKK.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 11:37 AM | Show all posts

Reply #112 ilahairi's post

oohh.. pasu kelapa tu bole.. tapi dalam pasu plastik yang dalam pasu kelapa tu, kena letak sphagnum moss atau coconut peat. Ha, bagus la tu, kena cahaya matahari pagi.. tapi siram 2 kali sehari ye..?
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 11:44 AM | Show all posts

Reply #116 sheila's post

Erm akak, coconut peat yang dijual di nursery tu adalah yang dikisar, sebab yang dijual tu dalam bentuk serbuk. Sesuai utk tanam pokok periuk kera.. kalau yang dibuat sendiri, takut nanti lebih banyak serat dari serbuk utk menampung air..

kalau sabut utk diletakkan di bawah pasu pokok bunga, maybe bole kot, supaya tanah sentiasa lembap. Tapi kalau nk tau lebih lanjut, kena tanya pakar2 bab pokok bunga ni.. klau nk tanya saya pasal pokok2 karnivor n cactus, bole la saya jawab.. hehe :tq:

p/s: pm me ur address for the keratan batang pokok periuk kera..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by sheila at 9-1-2007 08:27 PM
HUHUHUUHU...TAK KAN ILA JE KUT!! KAK ILA NI, TAK MO KA HANG DERMA UTK MENGUBAT HATIKU YG TELAH KAKU N KERING MCM NEPS AKK TUU...



Kak Ila jgn risau .. ada org baik hati nye.. dia mesti poskan utk kak ila... jgn sedih ya... hehehe bodek lah pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.359893 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list