CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11756|Reply: 132

70 Tahun Tumpang Tanah Dan Rumah Pusaka Orang Lain, Penghuni Acu Parang Bila Pemilik Suruh Keluar

[Copy link]
Post time 4-1-2024 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Tanah atau harta pusaka peninggalan orang tua cenderung menjadi isu dan perebutan dalam kalangan anak-anak dan sanak saudara.


Sudah menjadi kebiasaan apabila kita mendengar hal tersebut menjadi punca hubungan adik beradik renggang dan saling bermasam muka.


Malah, ada juga situasi lebih teruk di mana berlaku pergaduhan serta ugutan demi mendapatkan serta mempertahankan hak masing-masing.





Gambar Hiasan





Terpalit dengan isu ini, seorang pengguna di Facebook meluahkan rasa tidak senang dengan sikap keluarga kepada sahabat arwah datuknya yang pernah dibantu sebelum ini.


Sebagai cucu, katanya, dia terkilan dengan sikap mereka yang dianggap mencabuli hak ahli keluarganya apabila harta yang 'dipinjamkan' oleh arwah datuknya kepada sahabatnya yang dalam kesusahan sekitar 70 tahun lalu, kini enggan dipulangkan.


"Arwah tok wan saya ada sebidang tanah betul-betul tepi jalan besar dan anggaran nilai RM1.5 juta. Masalahnya sekarang... masa dulu tok wan saya pernah bagi kawan dia tumpang duduk di tanah tu sebab kasihan merempat.


"Lebih kurang 10 tahun yang lepas tanah tu terkena sikit jalan raya dan kami dapat pampasan tanah dan orang yang tumpang tanah tu dapat pampasan rumah," katanya sambil menambah sahabat datuknya juga telah meninggal dunia.


Sebagaimana dijelaskan, selepas datuknya menghadap Ilahi, pemilikan harta pusaka tersebut sepatutnya jatuh kepada ibu kandung dan bapa saudaranya yang dipanggil pak ngah.


Bercerita lanjut, sebelum ini bapa saudaranya itu pernah berbincang dengan keluarga tersebut untuk keluar secara baik dari rumah berkenaan.


Namun, permintaan itu ditolak sehingga berlaku ugutan menggunakan senjata berbahaya demi mempertahankan rumah yang dikatakan sudah menjadi hak mereka.


"ak ngah saya sudah pergi jumpa tuan rumah untuk minta keluar dari situ dan cari rumah lain. Lagipun yang tinggal hanya cucu dan cicit dia saja.


"Masa pak ngah saya minta untuk keluar, mereka keluarkan parang dan cakap tu tanah mereka. Katanya tok wan (arwah) saya dah jual dekat datuk mereka dengan harga RM200 (tak masuk akal harga pun) dan berbuktikan sekeping surat tulisan rumi.


"Sedangkan tok wan saya tak pandai tulis rumi hanya pandai tulisan jawi. Yang paling penting geran tanah atas nama pak ngah dan mak saya," katanya menjelaskan situasi.


Buntu dengan sikap keluarga tersebut, wanita ini meminta pendapat orang ramai dalam grup Tanya Peguam untuk mengusir mereka.


Sebelum ini, pihak keluarga wanita ini pernah menawarkan kepada keluarga tersebut untuk membeli tanah yang menjadi perebutan.


Bagaimanapun, tawaran tersebut ditolak dan mereka terus menetap secara percuma tanpa membayar sewa dan cukai tanah.


Susulan isu ini, netizen turut memberikan pendapat masing-masing.


Turut tampil memberikan penerangan adalah seorang peguam, M Arif Azmi.


Menjawab persoalannya, peguam itu berkata, persetujuan melalui kertas bertulis dan cakap (lisan) bersetuju untuk jual tidak dapat membuktikan pemilikan tanah.


"Dekat negara ini, kita pakai sistem torrens di mana segala transaksi jual beli dan pindah milik tanah perlu direkodkan di pejabat tanah.


"Setakat kertas tulis cakap setuju jual berkemungkinan besar tak dapat membuktikan pemilikan tanah tersebut. Ia tetap perlu didaftarkan.


"Untuk halau mereka boleh lantik peguam keluarkan notis tuntutan dan jika ingkar seterusnya buat permohonan 'summary proceeding' bawah order 89 Rules of Court untuk dapatkan semula tanah," katanya.


Arif juga menambah bahawa selepas segala prosedur dibuat, wanita ini boleh failkan writ pemilikan untuk bailif bertujuan untuk menghalau penduduk tersebut.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti melayu kan..
Boikot MCD produk Israel..
Tapi perangai serupa Israel juga
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 09:15 AM | Show all posts
ini keturunan isroel tersesat ni hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak tolonglah jangan baik sangat bagi tanah untuk orang pacak rumah atau buat kebun ke sebab kesian. Nanti korang dah mati, kesian anak2 tu nak tuntut tanah tu balik. Manusia2 macam ni, labuh mana tudung dia, panjang mana lebai dia tetap akan jadi perangai zionis. Kos turun naik mahkamah bukan murah ye. Proses pun panjang. Kita bukan boleh halau macam tu je walaupun takde hitam putih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak story juga

Atuk macik meninggal
Tinggal tanah pusaka berekar untuk ayah macik
Ayah macik anak laki tunggal
Tapi adik beradik perempuan ayah macik conquer habis tanah tu
Sebab ayah macik tak duduk kampung dah

Sekarang bila ayah meninggal
Kami adik beradik buat faraid
Kemain mengamok mak2 sedara
Sebab deme dah bagi anak deme buat rumah kat situ
Kira dah keluar dari tanah bahagian deme lah

Tapi kitorang buat muka kering je
Amek lawyer
Bayar 2k
Dia uruskan semua
Wakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:07 AM | Show all posts
Bawak jentera jer sodok rumah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 4-1-2024 09:22 AM
Nak story juga

Atuk macik meninggal

Makcik orang Perak kan.

Ingat dulu cerita makcik, orang Beruas ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 4-1-2024 09:21 AM
Mak bapak tolonglah jangan baik sangat bagi tanah untuk orang pacak rumah atau buat kebun ke sebab k ...

Tak salah pun kalau bagi duduk kalau pemilik tu dah sesak duit dan jual tanah tapi tak rekod/daftar kat pejabat tanah sebab tak cukup keluasan yg dibenarkan untuk jual.

Anak cucu kena ikut lah...atau jual je tanah tu seekar kepada yang duduk dlm tanah tu...atau tukar nama je, bagi free free.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 4-1-2024 10:24 AM
adizero11 replied at 4-1-2024 10:07 AM
Bawak jentera jer sodok rumah tu


Tak boleh....yang duduk kat situ boleh dapat hak atas tanah tu kalau pergi ke Mahkamah Tinggi.

Sebab Mahkamah Tinggi ambil pengakuan lisan.

Nanti Mahkamah boleh keluarkan satu perintah pajakan 99 tahun atas tanah tu..atau perintah untuk tukar bahagian tanah kepada penghuni.

Sebab tu penting kalau sewa mesti ada perjanjian penyewaan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:24 AM | Show all posts
she replied at 4-1-2024 09:22 AM
Nak story juga

Atuk macik meninggal

2k je bayar lawyer tu sis? murah nya

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama kisah tapi pakcik iols keluar dari tanah tu dgn ucap terima kasih kpd tuan tanah. Dah menumpang free berpuluh tahun sehingga mak mertua dia meninggal baru lah tuan tanah tuntut balik. Mungkin family tu dah bagitau anak/cucu-cicit, selagi nenek tu hidup jgn korang berebut tanah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 4-1-2024 10:24 AM
2k je bayar lawyer tu sis? murah nya

2k tu sebab urus dokumen untuk bicara kuasa. Normal la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:30 AM | Show all posts
banyaknya kes mcm ni
mana2 cerita sama
tanah kat kampung aku pun sepupu2 1 family yg conquer
yg lain terpaksa pindah & duduk diam2
sbb yg boleh conquer tanah mcm ni
selalunya mmg garang2 dowh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena lantik peguam la eh camtu.
Tp dh berparang2 tu payah sikit nak komunikasi dah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Parang tu senjata.
Report polis kn senang.
Charge pencerobohan berlaku kt tanah sendiri
Tu pun susah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:46 AM | Show all posts
malas nk bergasak kat dunia, biar je dia terbakar kat neraka paling dalam nanti... allah maha adil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 4-1-2024 09:22 AM
Nak story juga

Atuk macik meninggal

Good job!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 4-1-2024 09:21 AM
Mak bapak tolonglah jangan baik sangat bagi tanah untuk orang pacak rumah atau buat kebun ke sebab k ...

Same goes to rohin*** dan others pati..
Report je kat pihak berwajib
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-1-2024 10:16 AM
Makcik orang Perak kan.

Ingat dulu cerita makcik, orang Beruas ke mana

Bukan sayammmmmmm

Macik orang Johor
Ic 01
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 4-1-2024 10:24 AM
2k je bayar lawyer tu sis? murah nya

Iyo
Dia minta 2K
Tapi kita prepare geran semua
Dia yang buat kira2 size ape benda semua

Ni bukan lawyer yang naik turun mahkamah civil tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.075558 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list