CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31958|Reply: 0

[Kelantan] Banjir: Penduduk Bendang Perol gesa segerakan penempatan baharu

[Copy link]
Post time 2-1-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Banjir: Penduduk Bendang Perol gesa segerakan penempatan baharu

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN
02 Januari 2024 03:36pm




Laluan masuk ke Kampung Bendang Perol, Rantau Panjang masih dinaiki air pada Selasa.




RANTAU PANJANG - Penduduk di Kampung Bendang Perol di sini menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan penempatan baharu buat mereka di kawasan Kelapa Wangi.

Hal ini kerana mereka yang terdiri daripada enam keluarga itu sudah tidak sanggup untuk menjadi kumpulan pertama dan terakhir menetap di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh setiap kali banjir.


Nor Azni Setapa, 49,






Penduduk, Nor Azni Setapa, 49, berkata, sejujurnya mereka sudah penat dan tidak sanggup untuk berdepan dengan situasi tersebut walaupun sudah lali dengan perkara itu.

"Untuk gelombang kedua lalu kami menghuni PPS selama 18 hari. Banjir kali ini untuk gelombang ketiga sudah masuk hari ke-18 kami di sini.



"Sejujurnya kami malu dengan situasi ini, tapi apa boleh buat...itulah realitinya," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Menurutnya, paling menyedihkan setiap kali banjir paras air akan mencecah bumbung rumah iaitu lebih 4.5 meter.

Ujarnya, keadaan itu menyaksikan semua harta benda musnah ditenggelami air walaupun mereka berusaha meletakkan kesemua barangan di tempat lebih tinggi.



Abdul Majid Ahmad, 58,




Sementara itu, Abdul Majid Ahmad, 58, berkata, pembinaan rumah di Kepala Wangi itu memberi kelegaan buat penduduk Kampung Bendang Perol.

"Saya sudah melihat kawasan tersebut dua hari lalu dan kerja-kerja menambun tanah sedang dijalankan.

"Kami amat berharap pembinaan dapat disegerakan. Hal ini kerana kami sudah tidak sanggup untuk berdepan dengan banjir buruk setiap tahun," katanya.


Zakaria Mohd Nor, 53













Bagi Zakaria Mohd Nor, 53, berkata, situasi banjir buruk saban tahun menyebabkan struktur rumah mereka menjadi tidak kukuh.

"Kebanyakan rumah kami diperbuat daripada kayu.

"Bila kayu terendam dalam tempoh yang lama, ia akan menjadi reput," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.415810 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list