Menerusi hantaran sama, Sapawi turut memohon maaf kepada abang dan kakak iparnya, Nur Afiqah Ishak di atas keterlanjurannya.
Dia juga berharap perkara tersebut tidak diperbesarkan selepas permohonan maaf dibuat selain berlapang dada dengan setiap komen dan teguran.
"Terima kasih yang menegur dan ada yang bagi kata-kata kurang manis untuk dibaca tapi saya akui kesilapan itu datang dari saya sendiri," katanya lagi.
Sebelum ini, Sapawi berkongsi video dia memeluk Nur Afiqah selepas majlis pernikahan selesai.
Bagaimanapun perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana dia bukanlah mahramnya.
Sumber: mStar