CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7317|Reply: 18

Elisya Sandha Sanggup Botak Demi Watak

[Copy link]
Post time 28-12-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Elisya Sandha, 24, sanggup membotakkan kepala demi tuntutan watak, meskipun sedar keputusannya akan memberi kesan pada tawaran lakonan pada masa akan datang.


Elisya berkata, dia sanggup mencabar diri melakukan suatu yang mustahil, kerana anjakan kerjaya lakonan.






"Baru-baru ini, saya ada memotong rambut pendek untuk watak Natalia dalam drama Aku Hanim.


"Karakter sebegitu saya sudah buat dan lagi satu karakter saya nak cuba buat wanita yang duduk dalam penjara. Untuk watak ini, saya nak botakkan kepala.


"Tapi, kami masih dalam perbincangan untuk menjayakan watak ini dan belum muktamad, tapi kalau dapat buat, Alhamdulillah.


"Saya okay kalau kena botakkan kepala. Saya tahu tindakan saya akan beri kesan pada tawaran seterusnya, tapi saya boleh cari cara, misalnya pakai rambut palsu dan sebagainya. Kena pandailah," katanya.


Tambah Elisya, ibu mentua, Shiela Rusly dan suami, Uzair Haqimy juga antara insan menyokong tindakannya.


"Itu sebab untungnya ibu mentua dalam industri seni, dia faham. Ketika potong gaya 'side cut', dia tak tanya kenapa saya buat begitu, malah memahami saya lakukan untuk karakter.


"Sebab untuk ke tahap seterusnya, saya kena berani. Misalnya potong rambut dan botakkan kepala dan sebagainya. Sebab itulah saya belajar dari kakak, Fasha Sandha dan ibu mentua.


"Suami juga adalah orang yang paling okay sebab pengarah dan faham," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat dan kesyukuran anjurannya bersama Fasha dan Aidil Aziz di Bizmilla Ariz Hall, baru-baru ini.


Dalam perkembangan lain, Elisya mengakui, dia sudah bersedia untuk menimang seorang lagi cahaya mata apabila puteri sulungnya, Bunga Elhaq sudah menjangkau usia dua tahun.


"Saya ada banyak perancangan untuk 2024. Antaranya, saya mahu seorang lagi anak. Tapi kalau rezeki belum lagi, saya akan fokus pada karier sebab masih membina nama dalam industri ini.


"Sebenarnya, saya sudah biasa dengan rutin sebagai ibu. Bunga mengajar saya sebagai wanita bekerjaya yang pandai menyeimbangkan semuanya. Jadi, bila sudah biasa, untuk ada seorang lagi cahaya mata, insya-Allah tiada masalah," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
elisah ni berganda2 lawa dari hakak nya...

done comment
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuntutan watak ikut walaupun botak, tuntutan dlm islam x nak ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni berlakon lagi best dari kakak dia…aku rasa la
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 04:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadir bagi memeriahkan thread elisya sendu nieyh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi baru 24, awal gak kawen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2023 08:05 AM | Show all posts
Memanglaa semua faham dah produksi pun fmly laki punya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:33 AM | Show all posts
Botak bagi perempuan tanpa sebab haram - done dakwah.. kalau khilaf tu moklu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 12:54 PM | Show all posts
Tulat tunggeng dah 2024 deknon, takyah feeling terpaling demi moore ke portman sangat. Segala mak nenek bald cap hado sekarang, melainkan ko ada fetish fefeeling smexy kepala togel. Ku pun dedulu feeling undercut ni bad gegirl sangat + terpengaruh naima antm cycle 2 lawo buat rambut mohawk tu pernah la toreh kapla sundirik suatu waktu dulu. Hujung ghoper macam belatuk ayam tak sunat sedehhhh dek nak nunggu rambut tumbuh balik. Sarung baseball cap bertambah caprut rupa iols waktu tu

Kalau nak terpaling demi moore buat on camera scene cukur rambut tu, ko sarung je wig sesiap. Real tak real belakang citer. Pepandai la director & mekap retis main peranan. Eeee tak berbaloi la kepala togel setakat untuk drama picisan. Kalau ko nak buat gempak sangat baik flash baju tunjuk tek dek. Tu baru boleh menggemparkan scene seni tanah airr

Btw ai rasa pasa jauh lagi cun dari sheols zaman kegemilangannya dulu. Done telek kecantikan adik beradik sissies
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hari tu dia buat rambut cukur tepi pun dah tak cantik ni kn pula botak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 03:16 PM | Show all posts
kalau botak nanti wajah biasa-biasa jeeee macam minachi baru balik drpd tunai hajat kat Sungai Gangges...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aura poyo kuat sangat lately ni. Adalah sebab jangkit aura poyo cyst & tok hidang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu JN pendekkan rambut berlakon cite zana tu..tetap kena kecam dgn theyols
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2024 11:40 PM | Show all posts
pakai ja botak tipu2 yg mcm real..bukan zaman dulu dah nak kena shave2 rambut bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:24 AM | Show all posts
Geeayden replied at 28-12-2023 06:31 PM
Tuntutan watak ikut walaupun botak, tuntutan dlm islam x nak ikut...

tu psl la die jd pelakon..drpd pelakon bertudung scene2 atas katil bertudung litup...xsesuai lah..baik la pelakon freehair trus..senang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 05:38 PM | Show all posts
sharifah amani dh buat dlm Mualaf by yasmin ahmad

so.....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi suka tgk elisha berlakon banding dgn fasha doraemon.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:07 AM | Show all posts
sampah la kau
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 11:12 AM | Show all posts
botak kan ada sorang pelakon perempuan tu dah penah buat..cerita apa ke pun..lupa da...

bogel terus blm ada yang berani kan..? hahahahaa
berkemban dah ramai....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.616805 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list