CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10158|Reply: 0

[Kelantan] Penat belum hilang, terpaksa kembali semula ke PPS

[Copy link]
Post time 24-12-2023 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Penat belum hilang, terpaksa kembali semula ke PPS


Syaherah Mustafa
[email protected]



ROSLAN membawa barangan serta pakaian menggunakan perahu selepas terpaksa kembali ke PPS ketika ditemui di Kampung Kusar. FOTO Syaherah Mustafa




Rantau Panjang: Tidak sampai 24 jam, penduduk Kampung Kusar, di sini terpaksa kembali semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air.

Roslan Abdullah, 37, berkata, dia pulang ke rumah pada 5 petang semalam selepas mendapati banjir surut sepenuhnya.

Namun, lelaki itu sama sekali tidak menyangka berlaku limpahan air yang naik mendadak pada malam dan terpaksa menaiki lori bomba untuk ke PPS kerana jalan tidak boleh dilalui kenderaan biasa.

Katanya, laluan di rumahnya ditenggelami air bah separas 0.7 meter.

"Saya tidak tidur lena malam tadi apabila hujan sangat lebat dan mengagak yang akan banjir lagi. Jangkaan saya tepat apabila bangun pagi ini, dalam rumah sudah digenangi air.

"Nasib baik semalam saya pulang sendirian, manakala isteri (Asmawati Jusoh, 31) dan tiga anak ditinggalkan dulu di PPS. Saya rancang bawa mereka pulang hari ini.

"Beg yang dibawa pulang semalam pun belum sempat dibuka. Hari ini bawa semula ke PPS," katanya ketika ditemui.

Tinjauan ke kawasan itu mendapati, sebahagian kediaman penduduk sudah mula digenangi air dipercayai kerana limpahan Sungai Golok selepas Rantau Panjang hujan sejam malam tadi.

Sementara itu, Juliana Mat Zaik, 47, mengakui sangat penat kerana tidak sempat berehat apabila perlu kembali semula ke PPS.

"Lumpur dalam rumah pun belum sempat dibasuh. Saya sendiri bosan kerana sudah seminggu berada di PPS, tetapi apakan daya kediaman kami tidak selamat untuk didiami," katanya yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok.



Disiarkan pada: Disember 24, 2023 @ 1:54pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 1.063747 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list