CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7383|Reply: 0

[Pahang] Pengusaha ikan sangkar buat persediaan awal hadapi banjir

[Copy link]
Post time 24-12-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengusaha ikan sangkar buat persediaan awal hadapi banjir

OlehROSILAWATI ROSEDI
24 Disember 2023 11:59am




Rosli bermalam di kawasan sangkar setiap hari untuk melihat paras air sungai selain melakukan persediaan lain bagi menghadapi musim tengkujuh.



TEMERLOH - Setiap kali musim tengkujuh, pengusaha ikan sangkar sekitar Sungai Pahang di sini sibuk membuat persediaan awal agar sangkar milik mereka tidak hanyut akibat banjir.

Antaranya, Rosli Harun, 54, di Kampung Tengah di sini yang membuat persediaan dengan menukar tali-tali yang sudah reput.



Menurutnya, dia juga mengambil langkah dengan memasang lebih banyak tali untuk tujuan keselamatan.

"Sebenarnya masa mula usahakan sangkar ini sudah ikat tapi setiap kali musim tengkujuh buat persediaan lebih rapi.




Rosli pernah kerugian lebih RM100,000 selepas lapan sangkarnya musnah akibat banjir.




"Buat masa ini air tengah surut tapi apa-apa kita tetap ambil langkah berjaga-jaga memastikan sangkar dalam keadaan selamat," katanya yang memiliki 38 sangkar membabitkan ikan patin dan tilapia.
Ujar Rosli, dia juga bermalam di kawasan sangkar setiap hari untuk melihat paras air sungai.

Mula terbabit dalam bidang itu sejak 2000, Rosli mengakui sudah banyak pengalaman pahit dihadapinya sepanjang musim tengkujuh.






Rosli memeriksa keadaan tali yang dipasang pada sangkar ikan.




"Antaranya pada 2014, banjir besar ketika itu menyebabkan kawasan kedai berhampiran sangkar habis ditenggelami air.

"Kalau pada 2008, lapan sangkar pecah menyebabkan saya kerugian lebih RM100,000 ketika itu," tambah Rosli.


Mohd Syukur




Turut membuat persediaan sama, Mohd Syukur Ishak, 28, di Kampung Pangsenam memberitahu, kesemua sangkar telah diikat rapi pada pokok-pokok berhampiran tebing sejak Oktober lalu.


"Ini antara usaha kita setiap kali musim tengkujuh dan ia rutin biasa yang dilakukan oleh pengusaha seperti kami," katanya terdapat 50 sangkar diusahakan bersama rakannya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.355873 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list