View: 6893|Reply: 0
|
EPL: VAR ranapkan impian Aston Villa
[Copy link]
|
|
ZANIOLO menyelamatkan maruah Villa apabila meledak gol penyamaan ketika menentang Sheffield awal pagi semalam. – AFP
LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery merasakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ‘membunuh’ perlawanan dengan Sheffield United terutamanya selepas jaringan Leon Bailey dibatalkan.
Pada aksi di Villa Park awal pagi semalam, kedua-dua pasukan hanya mampu menghasilkan gol di hujung permainan dan terpaksa menamatkan aksi dengan keputusan seri 1-1.
“Saya terima teknologi ini tetapi terlalu banyak campur tangan VAR dan ia seakan keterlaluan. Untuk jaringan itu (Bailey) ia sebenarnya tidak perlu dan biasanya kita boleh terima gol ini,” katanya.
Bekas pemain Villa, Cameron Archer terlebih dulu meletakkan Sheffield United didepan sebelum Nicolo Zaniolo muncul penyelamat tuan rumah apabila meledak jaringan penyamaan pada masa kecederaan.
Bagaimanapun, Emery tidak mahu terlalu merungut dengan keputusan seri kali ini dan harus segera alih fokus kepada saingan selepas ini.
“Pada akhirnya, adalah menjadi sesuatu yang bagus untuk memungut mata dan kami perlu terima keputusan seri ini. Kami kecewa dengan keputusan ini, tetapi kami kena terimanya,” katanya.
Selepas harungi 18 perlawanan, pengurus dari Sepanyol itu jelas merubah tahap kompetitif Aston Villa dan keputusan seri itu masih mengekalkan kelab itu dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris, mengutip 39 mata hasil 12 kemenangan dan tiga seri. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... impian-aston-villa/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|