View: 11425|Reply: 16
|
Berbelas-Belas Ekor Masuk Rumah! Wanita Trauma, Suami Sampai Maut Terkejut Disergah Kera
[Copy link]
|
|
Gurun: Kehadiran kera liar yang menceroboh rumah di Kampung Batu Lapan di sini, semakin menjadi-jadi sekali gus membimbangkan penduduk.
Ini kerana haiwan berkenaan turut agresif haiwan selain merosakkan harta benda menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian.
Penduduk, Norma Daud, 70, berkata dia kehilangan suaminya, Shafei Karim pada 18 Ogos tahun lalu akibat terkejut dengan kehadiran kawanan kera di depan rumah mereka.
Foto: Harian Metro
Katanya, kejadian kira-kira 7.45 pagi ketika dia sedang memotong rumput di halaman rumah menggunakan sabit.
"Suami saya tegur, bimbang saya diterkam kera. Arwah terus teman saya di depan rumah, tapi tak sampai beberapa minit kemudian, ada kera muncul.
"Akibat terkejut, dia yang berusia 74 tahun ketika itu jatuh tersembam, dahi terluka dan berdarah serta meninggal dunia di situ juga," kata ibu tiga anak ini yang trauma dan sentiasa menutup tingkap serta pintu rumah, termasuk waktu siang kerana berasa tidak lagi selamat.
Katanya, rumah sering diceroboh kera sehingga ada yang membawa makanan seperti buah mangga dan makan di dalam rumah sebelum beredar.
Keadaan sama turut dialami Fauzah Hanafi, 65, yang bersama suami, Mat Daee, 83, berdepan masalah itu sejak 12 tahun lalu dan kini kera makin membiak dan tidak lagi takut kepada manusia.
"Suami kini uzur akibat sakit tua, rumah habis rosak angkara kera. Saya terpaksa panjat dan pasang sendiri jaring besi di bahagian dinding atas untuk elak diceroboh kera, tapi ini rumah lama dan uzur, ada bahagian dinding rumah yang reput.
"Kera datang berkumpulan antara 10 hingga 15 ekor, memang ada akan bolos masuk ke rumah. Apa saja makanan ada atas meja, kawanan kera ini akan makan, bawang pun dibawa lari," katanya yang paling bimbangkan keselamatan suami yang juga kurang pendengaran.
Manakala, Mohd Kelana Rusli, 45, memberitahu kawanan kera berkenaan turut menyerang penunggang motosikal, terutama yang membawa minuman.
"Sudah banyak kali kera sambar air bungkus dibawa penunggang motosikal sehingga ada yang terbabas, semua terpaksa berhati-hati. Di rumah saya pun, kalau beli nasi lemak, sekejap saja kera datang curi, terlalu banyak kerana menyebabkan keadaan semakin tak terkawal," katanya.
Katanya, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILIRAN) sudah beberapa kali mengambil tindakan, namun masalah masih berterusan.
"Kawasan kampung di sini dikelilingi ladang kelapa sawit, pelbagai usaha dilakukan penduduk, namun kawanan kera tetap datang. Tanaman juga habis musnah, tambahan apabila musim buah, kera akan 'rasmi' (makan) dulu," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
samapi meninggal orang tu.. huhu.. bahaya nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan buat main dgn kera...kalau boleh racun mereka...kalau tidak, mereka akan bermaharalela cam planet of the apes |
|
|
|
|
|
|
|
teringat gi bercuti kat langkawi...sering diganggu oleh kera...jadi tak best bila nk berjalan pegang pek makanan...kera2 ni pantang nmpk pek2 ni...dirampasnya dari tgn kita...takut...
pastu ada yg jadi enabler...bawa makanan dari tempat lain dtg ke tempat kawanan dan bg makan kat kawanan ni...dpn mata iols ada nmpk kete benti tepi jalan curahkan makanan...rasanya Perhilitan tak bagi kita bagi makanan kat kera2 ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk kg tanam la pokok buah byk2, kalau dia kenyang, xde nye dia kacau org.. |
|
|
|
|
|
|
|
uish bahaya nya. Langkawi kat bahagian mana ni banyak kera. Iols bercuti kat langkawi bulan 10 hari tu alhamdulillah tak nampak pulak keranya..Kalau x nak kena berjaga2 dengan anak kecik 3 org ni
|
|
|
|
|
|
|
|
masa naik cable car pastu kat atas tu ada tempat mcm jungle tracking sikit...satu lagi beach tak ingat nama apa mengadap pulau milik thailand. satu lagi kat tempat air terjun tak ingat nama juga hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Musim kera mengganas kot. Habitat dia pun dah terancam, makanan takde tu masuk ceroboh rumah orang. Kalau tanam buah pun habis dirosakkan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa MPKK dan Tok Sidang kampung tu buat?
Kitorang kat Selangor, Ketua Kampung buatkan perangkap kera, lepastu call perhilitan untuk ambil kera lotong tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Iolls penah panjat air terjun dekat tamanm rimba kanching. Dah la beria bwk makanan, minuman. Last2 kera rampas dari tangan iolls. Nak lawan jadi takut kena gigit plak. Kang tak pasal2 kena dukung turun ke bawah plak nnt
|
|
|
|
|
|
|
|
kat selangor ek? iols google tadi kuar2 gambo kera...tempat dah cantik utk piknik...tp spoiled sbb food kena rampas dek kera..adehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
A'ah dekat Selangor. Mmg cantik. Lagi atas naik waterfall tu, lagi cantik. Hiking worthy la sikit sbb dpt tgk waterfall. Tapi kera banyak. Sudahnya jadi takut. Takut kena gigit ke, kena cakar ke. Kang rabak kulit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Panggil perhilitan nampaknya agak lambat. Baik upah orang yang ada senapang angin. Pantas dan puas hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai siannye...dah tua2 ...rumah pulak bocor sana sini sampai monyet2 tu boleh masuk. Kena call Jabatan perhilitan. Monyet bawak penyakit anjing giler tau. Bila ramai2 tu ada yg ganas...eeee serammm.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|