View: 23453|Reply: 14
|
Kmy Kmo Rasa Syarat Pertandingan Tak Adil Punca Lagu Budi Tak Bertanding Di SFMM38
[Copy link]
|
|
Tanda tanya penarikan diri daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-38 (SFMM38) akhirnya terjawab apabila penyanyi dan komposer Kmy Kmo memperjelaskan punca lagu Budi tidak dipertandingkan.
Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, 34, berkata keputusan itu dibuat bersama rakan komposer iaitu Luca Sickta selepas berbincang dengan pihak pengurusan mereka, Universal Music Malaysia.
Kata Kmy, ini selepas mereka mendapati terdapat beberapa terma dan syarat pertandingan yang dirasakan tidak adil dan memutuskan untuk tidak masuk bertanding.
"Universal memaklumkan ada beberapa terma dan syarat di dalam kontrak pertandingan untuk ke peringkat separuh akhir tidak dipersetujui.
"Ia menyentuh tentang hak cipta lagu kami yang dirasakan tidak berapa adil sekiranya kami terus bertanding.
"Maka saya dan Luca memutuskan untuk menarik diri, demi menjaga hak karya kami," katanya.
Dalam pada itu, Kmy memberitahu keputusan itu juga dicapai selepas dipersetujui oleh rakan duet mereka iaitu penyanyi Sufian Suhaimi.
"Selepas keputusan dibuat daripada pihak saya dan Luca selaku penulis dan komposer lagu Budi, kami memaklumkan terus kepada Sufian.
"Alhamdulillah, Sufian juga memahami tentang situasi yang berlaku," ujarnya.
Sebelum itu, Kmy menerusi Instastory pada Ahad memberitahu dirinya sudah penat seolah-olah memberi gambaran tentang situasi yang dialami mereka.
Menerusi perkongsian dibuat, Kmy menulis 'semoga udara-udara dalaman kembali sihat dan bersih semula'.
Ditanya maksud perkongsiannya itu, Kmy memberitahu dia ingin menyampaikan mesej berharap agar apa jua pertandingan selepas ini dapat dianjurkan dengan telus dan bersih.
Kata Kmy, dia bimbang sekiranya Malaysia kehilangan bakat-bakat baharu dalam industri muzik.
"Saya berharap apa juga pertandingan yang ada selepas ini, jagalah pengkarya-pengkarya muzik negara ini dengan lebih telus tanpa ada tali untuk ditarik lepas.
"Malaysia terlalu banyak karya yang hebat. Kita takut akan kehilangan lebih banyak permata muzik baharu bila mana laluan untuk capai ke peringkat lebih tinggi itu terlalu sukar.
"Tak kira virus-virus dari kronisme, korupsi, politik dan sebagainya. Industri muzik pasti lebih sihat dengan bakat baru dan lama bagi menaikkan lagi mutu muzik tempatan," katanya.
Pada Ahad, Sufian membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada SFMM38 untuk penyertaan lagu Budi.
Untuk info, Budi merupakan lagu ciptaan Kmy Kmo dan Luca yang dinyanyikan bersama Sufian yang layak ke peringkat SFMM38 bersama 29 lagu lain.
Sebanyak 12 lagu berjaya melayakkan diri untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu yang dijangka berlangsung Mac tahun depan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
ruginya. lagu ni ada potensi ke AJL38. |
|
|
|
|
|
|
|
"Universal memaklumkan ada beberapa terma dan syarat di dalam kontrak pertandingan untuk ke peringkat separuh akhir tidak dipersetujui.
"Ia menyentuh tentang hak cipta lagu kami yang dirasakan tidak berapa adil sekiranya kami terus bertanding.
He made it sound mcm kalau masuk bertanding, hilang hak cipta ke atas lagu. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols x paham. Boleh explain syarat & terma apa yg theyols sanggup xnak bertanding tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Buruk perangai juga ye tibitigasuku tu. Apa pulak sampai nak libatkan hak cipta lagu tu. Aneh2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 19-12-2023 02:47 AM
Buruk perangai juga ye tibitigasuku tu. Apa pulak sampai nak libatkan hak cipta lagu tu. Aneh2 je :s ...
bkn dpt hak lagu
tp hak tv3 guna bahan ajl th takyah byr royalti,.. perform percuma… camtu la.. mcm tv3 letak drama kat utube.. lagu2 retis dimute sbb taknak byr royalti… dlm kes ajl win2 situation la.. sbb buat konsert kat tv… reach lebih besar… |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak sebut nama ko tu ??
kemy kemo ???? |
|
|
|
|
|
|
|
aku p buka youtube dgr lagu ni. bagi aku lagu dia not bad, bagus jugak.
cuma aku tak minat suara KK ni, lirik dia pun kurang umph...
bg aku rugi la dia tak tolerate, sbb bukan snang kau dpt pluang duk atas pentas besar dlm acara yg mmg diketahui ramai penonton. |
|
|
|
|
|
|
|
kekdahnye universal music ada issue la dengan tv3?
label baru ernie pun universal music kan?
kowser la... ajl dah lama haukkk |
|
|
|
|
|
|
|
Bakat dah ada tapi tak dipertandingkan, mana kita tau sejauh mana boleh pergi lagu tu. Lagu best plak. Sayang seribu kali sayang dek non. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku benda ni mcm membuli.cer kalo retis luar?memandai je acik porem suh tolerate.kalo aku berada tempat diorg.. sebagai org yg berprinsip aku akn lakukan benda yg sama.gi mampos la platform besar ke apa.greed and stingy af |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka lagu ni. tbh aku ni suka lagu2 sufian suhaimi. takpe la tak masuk AJL pun. prinsip kekal prinsip.. keep it up guyssss |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu la retis2 yg mendiva (read: tokti, nuar zain, FT) dah tak nak masuk AJL ni sbb byk sgt politik.. tp mcm FT tu kalo rasa x nak nyanyi dkt AJL better x yah la terhegeh2 nak calonkan lagu2 ciptaan dkt muzik2.. hope tokti pun x yah la nak calonkan lagu2 album baru ni dkt muzik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa instead of the lagu itself, they will lose rights untuk persembahan tu sendiri, lately ni mana ada AJL performance diupload dekat Youtube, versi audio ada Marsha punya jah the latest, itu pun sebab label sheols anak Media Prima
Imagine habis puluh ribu untuk perform tapi fans tak boleh go back to the performance and enjoy it, itu yang UMM rasa tak adil kot since before-before this boleh jah, Naim Daniel & Dayang siap letak AJL performance dalam album
Ini semua possibility lah, sebab hilang copyright lagu macam mustahil jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rayna_raynes at 19-12-2023 02:53 PM
I see, faham. Mungkin betul sebab sejak tahun lepas AJL cuma boleh ditonton kat Tonton.my kan
Dah tak upload di youtube.
Mungkin sebab yg sama juga UMM tak kasi ernie perform kat SFMM. Tp dia takleh suruh Ernie tarik lagu tu dr bertanding sebab lagu tu RF punya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|