CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6995|Reply: 0

[Kelantan] 5 beranak tak pindah ke PPS, tidur atas para besi

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Warga emas, Jasmin Hassan, 63 melihat banjir yang mencecah satu meter di halaman rumah memandangkan rumahnya berada di tepi Sungai Golok walaupun paras air 0.3 meter dalam rumah, lima beranak dari Kampung Lubok Gong, di sini, tetap tinggal di kediamannya dan enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS). FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Biarpun paras air sudah mencecah satu meter (m) di halaman rumah dan 0.3 m di dalam rumah, lima beranak dari Kampung Lubok Gong, di sini, tetap tinggal di kediaman mereka dan enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jasmin Hassan, 63, isteri dan tiga anaknya enggan berpindah kerana bimbang kediaman mereka dipecah masuk memandangkan rumah itu berada di tepi Sungai Golok.

Justeru, mereka sanggup tidur di atas para yang diperbuat daripada besi memandangkan di dalam rumahnya, air sedalam 0.3 m.

"Ketika gelombang pertama bulan lalu, kami sekeluarga juga tidak berpindah selagi keadaan tidak membahayakan kerana terlalu bimbang keadaan rumah yang berisiko dipecah masuk.


"Rumah saya sebelah Sungai Golok dan bila-bila masa orang boleh masuk untuk mengambil barangan rumah. Sebelum ini, rumah saya pernah dipecah masuk ketika waktu banjir dan disebabkan itu saya serik untuk meninggalkan rumah.

"Sekiranya kami berpindah ke PPS, lokasinya agak jauh dan sukar untuk saya berulang alik untuk melihat rumah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, memang saban tahun setiap kali banjir dan sekiranya keadaan masih boleh bertahan, dia dan keluarga akan kekal di rumah.

"Namun jika paras air dalam rumah hampir mencecah paras pinggang (iaitu) kira-kira 0.5 m, kami tetap akan berpindah ke PPS yang berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau 2.

"Setiap kali mahu tidur, kami akan tidur di atas para besi yang dibina agak tinggi dalam rumah dan ia kukuh. Selain untuk tidur, para berkenaan juga digunakan untuk penyimpanan barang-barang penting," katanya.

Katanya, bukan dia sekeluarga saja yang tidak berpindah, sebaliknya ramai penduduk yang tinggal betul-betul bersebelahan Sungai Golok tidak berpindah kerana bimbang kediaman dipecah masuk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idur-atas-para-besi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.137831 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list