CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5688|Reply: 6

Pelajar Buat Pickup Line Di Sekolah, Perunding Nafi Abai Adab!

[Copy link]
Post time 18-12-2023 09:45 AM | Show all posts |Read mode
Hangat menjadi bualan mengenai video murid-murid membuat ‘pickup line’ dalam program motivasi sekolah.


Penularan video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kemarahan dalam kalangan ibu bapa murid-murid terhadap perunding pendidikan dan penceramah sekolah berkenaan.


Susulan itu, pihak penganjur iaitu Akademi Ikon Muda Malaysia (Aikom) tampil memberi penjelasan dan meminta semua pihak supaya bersabar atas penularan video.




Foto: mStar




“Kami akan menghantar surat permohonan maaf kepada dua sekolah yang terlibat di dalam video tersebut dan kepada ibu kepada pelajar yang terlibat.


“Tindakan susulan akan diambil. Siasatan sedang dijalankan dan laporan polis sedang dibuat,” menurutnya menerusi hantaran di Facebook akademi itu, pada petang Ahad.


Malah menurut Aikom, salah seorang daripada pasukan mereka bukan pakar motivasi dan baru berkhidmat selama beberapa bulan.


“Untuk makluman semua, Amir bukan pakar motivasi Aikom. Dia hanya pasukan media. Tindakan drastik akan diambil. Mohon maaf semua,” menurut kenyataan itu.


Mengulas lanjut mengenai pengisian ‘pickup line’, Aikom menerusi kenyataan berasingan berkata, ia sebenarnya merupakan aktiviti kerja berpasukan untuk ‘Slot Berkorban Apa Sahaja’ di mana pelajar perlu mencipta sesuatu di dalam beberapa tahap yang diberikan.


“Dalam program kami, kami sering tegaskan bahawa couple itu haram dan tak baik normalisasikan di zaman persekolahan. Kami tidak ajar atau galakkan pelajar untuk bercinta.




Foto: mStar







“Setiap slot kami ada nilai dan pengajaran yang kami sampaikan sama seperti aktiviti pickup line, ada sesuatu yang kami sampaikan untuk pelajar tahu kenapa kami buat aktiviti tersebut,” menurut Aikom dalam satu kenyataan.


Merupakan institusi latihan yang menawarkan khidmat latihan dan perundingan bermutu dan berwibawa yang ditubuhkan pada 2008, Aikom turut menafikan pelajar yang terlibat di dalam video yang tular adalah tidak beradab sebagaimana yang didakwa menerusi komen-komen di media sosial.


“Pelajar tersebut adalah sangat bagus dan baik. Dalam setiap aktiviti dia lakukan yang terbaik dan mungkin bila begitu teruja dia menunjukkan aksi spontannya seperti dalam video.


“Ustaz dan ustazah yang berada sepanjang program juga sangat positif dan memberi maklum balas yang sangat baik. Hanya mereka yang berada dalam program kami dari awal hingga hujung sahaja yang benar-benar faham apa yang kami sampaikan,” katanya yang merekodkan penyertaan lebih 200,000 pelajar di seluruh Malaysia.


Namun kata Aikom, terdapat beberapa individu memuat naik video mereka tanpa kebenaran dan lebih memburukkan keadaan apabila ia sudah dipotong dan hanya sebahagian yang disiarkan.


“Kami tak tahu apa niatnya mungkin pada dia content pickup line tidak sesuai ditayangkan atau dia nak publisiti. Video-video yang dimuat naik kami hanyalah untuk hiburan kepada pelajar sekolah/aktiviti program dan ada input-input baik yang kami sampaikan kepada pelajar,” ujarnya.


Mengakui terlalu ramai konsultan yang hebat, Aikom memberitahu bahawa setiap daripada mereka pasti mempunyai gaya dan cara tersendiri.


“Kami konsultan cuba sesuaikan dengan peredaran semasa yang dekat dengan jiwa anak muda untuk mereka lebih faham dan tidak mengantuk apa yang kami sampaikan.


“Lain orang lain cara pemahaman, sama seperti mereka yang mengecam melihat content kami pasti anda fikir yang negatif tentang kami... Apapun, kami ingin meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan atas apa yang berlaku,” katanya.


Terdahulu, tular sebuah video memaparkan satu aktiviti dalam sesi ceramah di sebuah sekolah, di mana seorang murid lelaki memberi 'pickup line' kepada ustazahnya.


“Ustazah, apa beza ustazah dengan IC (kad pengenalan)? IC saya letak di dompet... ustazah terletak di hati saya," ujarnya sambil melompat-lompat sambil menerima sorakan pelajar-pelajar lain.


Turut tular adalah surat terbuka daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya ‘digunakan’ dalam video yang dikongsi di media sosial oleh pihak penganjur.


“Saya salah seorang ibu bapa yang anaknya sudah digunakan dalam video content dan marketing pihak berkenaan berasa sangat kecewa dengan tindakan yang kalian telah lakukan.


“Anak-anak kami bukan bakat percuma yang kalian boleh perdagangkan secara percuma untuk digunakan sebagai alat atau bahan marketing. Sudah pasti pihak sekolah telah membayar kalian untuk program-program tersebut.


“Adakah kalian telah meminta izin pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk menggunakan wajah-wajah mereka sebagai bahan marketing kalian? Saya sebagai ibu bapa tidak mengizinkan bahkan mengharamkan kalian menggunakan wajah anak saya!” katanya dengan nada tegas.


Dia bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada anaknya merupakan pelajar di dalam video yang tular, berikutan terdapat beberapa video pelajar lain turut melakukan aktiviti ‘pickup line’ di sekolah. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila pickup line tak rileks, camni laa jadinya dgn budak2. Siap ada background music
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baka2 low class, beginilah.
Jenis tiap2 time Maghrib - 10pm, dok melangut tgk channel TV1, TV3, Astro Ria, Astro Warna.
Dok laaa Pick up line, pick up line.
Mcm lahanat. Jenis baka low class dan tak berkualiti
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:46 PM | Show all posts
Edited by nolya at 18-12-2023 03:48 PM

Kenapa agaknya masyarakat kita cepat sangat melatah dan cepat menilai negatif kpd aksi2 nakal lucu murid2 begitu.  Mungkin saja kata2 'Ustazah terletak di hati saya' hanyalah satu usikan manja murid kpd ustazah yg ditujukan. Ungkapan begitu dianggap sbg satu ucapan yg berani maka keterujaannya murid spontan terlompat2. Ttpi adakah sikap begitu harus pula dinilai negatif: 'gatal'  dn atau menganggap bakal 'murid terkebelakang'?.
Kenapa kita tak ingin memikirkan bahawa boleh saja murid yg akan sentiasa mengingati ustazah penuh hormat, disayangi dn sentiasa ingat kata2 perangsang/motivasi dlm ceramah yg ustazah sampaikan? Tak mugkin sebaris dua kalimat pickup line spt itu mau dijadikan ukuran pencapaian murid trs di masa depan?
Barangkali begitulah warna2 nakal anak2 murid zmn ini yg masih boleh dikawal dn dibentuk kerana itu bukanlah hal alah bisa tegal biasa, sekadar kalimat2 selingan mengusik2 manja. Parents di rumah masih ada d masih perlu mainkan peranan yg sewajarnya. Perhatikan apa yg anak2 baca dn apa kata2 nakal yg anak selalu nak kata.   
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke sekolah berhabis duit engage kononnya pakar2 motivasi dan buang masa budak2 dgn program2 begini?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2024 03:35 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.247751 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list