View: 13077|Reply: 0
|
[Kelantan]
Bayi berusia 42 hari sudah dua kali berlindung di PPS
[Copy link]
|
|
Balai polis dan 15 Pos PGA di Rantau Panjang berdekatan sungai golok di limpahan air pada paras 0.3 meter hingga 2.5 meter susulan banjir gelombang kedua melanda Kelantan sejak Khamis lalu. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: Mohd Shahrul Aiman Abdul Fattah baru berusia 42 hari, namun sehingga kini sudah dua kali bayi itu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Ibunya, Annuar Dania Layyaliya Mohd Najib, 19, berkata kali pertama mereka berpindah ke PPS ketika gelombang banjir pertama, bulan lalu dan ketika itu anaknya berusia 23 hari.
"Kelmarin (Jumaat), sekali lagi saya bersama bayi meredah banjir sejauh satu kilometer dari rumah di Kampung Kedai Lama ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau 2 selepas halaman rumah dinaiki air.
"Alhamdulillah walaupun sudah dua kali terpaksa berpantang di PPS, namun saya dan bayi dalam keadaan sihat.
"Untuk gelombang pertama saya berada di PPS selama tiga hari dan untuk kali ini tidak tahu berapa lama memandangkan air lebih dalam berbanding sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Menurutnya, air naik cepat dan berisiko menyebabkan dia dan neneknya mengambil keputusan untuk berpindah pada jam 11 malam, walaupun ketika itu hujan.
"Kami dipayungkan oleh saudara mara sambil meredah banjir sejauh satu kilometer untuk sampai ke PPS.
"Memang penuh pengalaman tempoh berpantang saya untuk anak sulung ini, lebih-lebih lagi saya yang berasal dari Selayang, Selangor.
"Saya pulang bersalin di rumah nenek suami di sini kerana tiada orang yang mampu menjaga saya di Selayang," katanya yang memberitahu suaminya bekerja di Kuantan, Pahang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-berlindung-di-pps |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|