CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8658|Reply: 0

[Johor] 'Dapat tinggal di pondok pun syukurlah'

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Batu Pahat: "Saya dah cuba carikan rumah sewa tapi semua penuh. Ingatkan nak tinggal di rumah belakang, tapi belum siap," kata Ahzin Ramli, 51, yang memilih tinggal bawah khemah di Parit Puasa, Parit Sulong dekat sini, sejak hampir setahun lalu.

Bekas anggota tentera sebelum ini bekerja dan menetap di Johor Bahru bersama arwah ibunya, Siti Apuah Sharon namun kembali ke kampung halaman selepas wanita itu meninggal dunia lebih tiga tahun lalu.

Dia yang masih bujang berkata, selepas pulang ke kampung halaman kira-kira setahun lalu, dia berusaha mencari rumah sewa berdekatan namun hampa selepas semuanya sudah ada penyewa.

"Saya cuba cari (rumah sewa) di kawasan sekitar tapi sudah penuh. Pendapatan saya sebagai pekerja pembersihan mampu untuk menyewa.



"Walaupun ada saudara minta saya tinggal di tingkat bawah rumahnya, tapi saya menolak kerana ada menyimpan Quran, jadi tak eloklah. Akhirnya saya memilih mendirikan khemah di tanah pusaka arwah nenek untuk sementara waktu.

"Niat membina rumah sebesar pondok ada tapi apakan daya saya belum berkemampuan. Pernah saya tanya kawan bekerja tukang rumah, dia beritahu modal diperlukan sekitar RM5,000.

"Jadi, dalam keadaan saya belum cukup simpanan, saya tinggallah dalam khemah ini dulu. Dapat pondok pun cukuplah, lagi pun saya tinggal seorang," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, bagi mengelak gigitan nyamuk atau serangga lain terutama pada waktu malam, dia memasang kelambu dalam khemah.

"Ada yang cadangkan supaya menetap di rumah warga tua, tapi saya tolak kerana mampu lagi bekerja, kudrat saya masih kuat untuk mencari rezeki.

"Saya tetap bersyukur kerana Allah masih memberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti orang lain. Malah, ada juga penduduk di sini datang hulurkan makanan kepada saya," katanya.

Sementara itu, kesukaran dilaluinya mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Khalid turun meninjau Ahzin di khemahnya.

"Alhamdulillah banyak perkara dapat selesai, kita hendak bina pondok baru untuk Ahzin. Tak manis rasanya kalau tinggal bawah khemah.

"Tanah itu adalah milik keluarga mereka dan ketua kampung sudah mendapat persetujuan waris lain untuk kita bina pondok lebih selamat dan kemas," katanya.


Khemah yang dijadikan Ahzin sebagai tempat berteduh selepas tidak mampu membina rumah sendiri. FOTO Alias Abd Rani

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ondok-pun-syukurlah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.416624 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list