CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5759|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk Kampung Tersang siap sedia hadapi banjir sejak Oktober

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

Ismail Salleh menunjukkan barangan yang disimpan di atas para bagi daripada mengelak ditenggelami banjir di rumahnya di Kampung Tersang, di sini. FOTO SYAHERAH MUSTAFA

Rantau Panjang: "Tidak sesekali saya turunkan perabot sehingga musim tengkujuh tamat," luah Ismail Salleh, 76, yang menyimpan semua barangan rumah di tempat yang tinggi sejak beberapa bulan lalu.

Ismail adalah penduduk Kampung Tersang, di sini, yang kediamannya sering dinaiki air yang boleh mencecah sehingga paras tiga meter (m) akibat limpahan Sungai Golok.

Katanya, untuk menyelamatkan barangan penting dia membina para atau rak tinggi menggunakan besi dan diletakkan di tingkat dua rumahnya supaya tidak ditenggelami banjir.

"Bukan setakat pakaian, malah sofa serta katil boleh lipat juga saya tempatkan di atas para berkenaan. Kalau banjir biasa, usaha ini berbaloi tetapi jika bah sama seperti Februari lalu, para ini turut tenggelam.



"Saya sudah membuat persiapan mengemas barangan sejak Oktober lalu, kerana kawasan ini adalah penempatan rendah mudah dilanda banjir serta naik dengan cepat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tersang, di sini, semalam.

Tinjauan di penempatan berkenaan mendapati, majoriti penduduk di Kampung Tersang, masing-masing bersedia dengan besi 'staging' untuk dijadikan para atau titi yang digunakan sepanjang musim banjir.

Sementara itu, Mohd Nordin Yusof, 52, mengakui serik kerana kerugian hampir RM10,000 banjir lalu apabila barangan elektrik serta perabot musnah ditenggelami air.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak membeli dahulu perabot dan hanya mendapatkan barangan penting serta ringan bagi memudahkan saya menyimpannya sepanjang musim banjir.

"Macam situasi sekarang, walaupun saya sekeluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) namun hati resah memikirkan harta benda di dalam rumah selain berharap semoga kediaman kami yang sudah dibina tinggi ini tidak dinaiki air," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anjir-sejak-oktober

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.427325 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list