CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30297|Reply: 11

Dr. Dzulkefly Kembali Terajui KKM Tepat Pada Masanya – Khairy Jamaluddin

[Copy link]
Post time 15-12-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Penglibatan semula Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam menerajui kementerian tersebut disifatkan sebagai perubahan positif selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet pada Selasa lalu.


Pandangan itu disuarakan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi episod terbaharu podcast Keluar Sekejap yang dikendalinya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini.


Menurut Khairy Jamaluddin, Dr. Dzulkefly hanya perlu meneruskan segala agenda reformasinya sebelum ini untuk memastikan ia berjaya dilaksanakan selain mengaplikasikan pengalaman sedia ada untuk mengendalikan Kementerian Kesihatan (KKM).


Foto: Kosmo




“Sebagai seorang yang pernah berkhidmat di KKM, saya mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad with do respect to (dengan beri penghormatan juga kepada) Dr. Zaliha Mustafa.


“Saya melihat kembalinya Dr. Zul (Dr. Dzulkefly) sebagai suatu pelantikan yang positif. Saya tengok beliau, semalam (baru-baru ini) pun terus membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Negara, tiada masalah.


“Beliau hanya teruskan apa yang pernah ditinggalkan, beliau sendiri pernah menjadi Menteri Kesihatan,” katanya.


Tambah Khairy Jamaluddin, melihat kepada peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara ketika ini, beliau berharap agar Ahli Parlimen Kuala Selangor itu dapat merancang langkah terbaik untuk memastikan situasi tersebut tidak terus memburuk.


“Lebih penting saya nak bincang secara ringkas bahawa saya juga risau sebab sekarang ini ada peningkatan kes Covid-19 dan walaupun kita tak ingin kembali kepada langkah-langkah yang ekstrim seperti dahulu, tetapi saya rasa perlu ada beberapa langkah yang perlu diusahakan oleh KKM,” ujarnya.


Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin turut menyentuh sistem kerja bekas Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), dengan beranggapan beliau sememangnya bekerja keras untuk menggalas tanggungjawab dalam memimpin KKM.


“Saya rasa mungkin disebabkan pertama kali (Dr. Zaliha) menjadi MP (Ahli Parlimen) dihantar terus ke satu kementerian yang besar dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian nombor dua dari segi perbelanjaan, nombor satu adalah Kementerian Pendidikan.


“Bukan senang, tak kiralah pengalaman macam mana pun kalau tidak pernah ada pengalaman sebagai seorang ahli politik, penggal pertama sebagai Ahli Parlimen at that level (dalam kedudukan sepertinya) dihantar ke kementerian yang paling rumit sekali, Kementerian Kesihatan.


“Tak kiralah ada latar belakang sebagai seorang doktor perubatan, it was struggle and she was struggle (ia sangat perlukan kerja keras dan dia sangat kerja keras),” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff kkm tak suka zol ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey: Staff kkm tak suka zol ni kan


Kenapa pula
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 15-12-2023 07:21 PM
Staff kkm tak suka zol ni kan

Staff KKM semua menteri dia xsuka. KJ selamat skit sbb ramai wanita dkt KKM basah pu sy
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 15-12-2023 08:44 PM
Kenapa pula

Sebutkan menteri KKM yg staff KKM suka selepas isu doktor kontrak
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2023 11:10 PM | Show all posts
semua staff mana suke dgn menteri masing2..

klu suke tu adala tk kene dgn staff tu...

hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan main ular kj semua isu nk ulas mcm terpaling bagus la.. berangan kaki rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 03:04 PM | Show all posts
KucaiHijau: Kenapa pula


sBB dia ni jarang turun padang.. huhuhuh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan2 kobid pun sama naik...mcm sesuatu je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:23 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:37 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.617149 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list