CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7943|Reply: 20

Suka Minum Teh Bubble, 300 Batu Karang Dikeluarkan Daripada Wanita

[Copy link]
Post time 15-12-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Taipei: Hospital Taiwan, baru-baru ini, berjaya membuang lebih 300 batu karang daripada wanita yang gemar mengamalkan minum teh bubble berbanding air putih.


Pusat Perubatan Chi Mei berkata, wanita itu, Xiao Yu, 20, dimasukkan ke hospital di bandar Tainan, minggu lalu.


Katanya, wanita muda itu mengalami demam dan sakit pada bahagian bawah punggungnya.









"Melalui imbasan ultrabunyi, doktor di jabatan kecemasan mendapati buah pinggang kanannya bengkak dengan ada cecair dan batu karang di dalamnya.


"Imbasan CT mendedahkan, batu karang itu berukuran kira-kira lima milimeter hingga dua sentimeter.


"Ujian darahnya menunjukkan bilangan sel darah putih yang tinggi," kata hospital itu dalam artikel disiarkan di laman web mereka, 8 Disember lalu.


Hospital itu memaklumkan, doktor memberi wanita rawatan antibiotik, untuk mengalirkan cecair dari buah pinggangnya dan melakukan pembedahan invasif minimum untuk membuang lebih 300 batu karang yang kelihatan seperti roti kukus kecil.


"Keadaan pesakit stabil selepas pembedahan dan dibenarkan keluar selepas beberapa hari pemerhatian doktor," katanya.


Artikel itu mengatakan, Xiao Yu tidak suka minum air putih dan sering mengamalkan teh bubble.


Penyebab lain batu karang termasuk faktor genetik, penyakit kronik, serta diet yang tinggi kalsium dan protein.


Menurut Dr Lim Chye-yang, pakar urologi yang melakukan pembedahan itu berkata, 9.6 peratus penduduk di Taiwan mungkin mengalami batu karang dalam hidup mereka.


Katanya, golongan lelaki lebih tiga kali berkemungkinan berisiko mendapat batu karang berbanding wanita.


"esakit yang menghidap batu karang biasanya berumur antara 50 hingga 60 tahun.


"Kes batu karang lebih kerap berlaku pada musim bunga dan panas kerana cuaca panas yang menyebabkan orang ramai mungkin lebih dehidrasi.


"Apabila air kencing menjadi lebih pekat, mineral bergabung dan bertukar kepada kristal untuk membentuk 'batu'," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkerak2 jadi batu karang. Takde kencing manis ke dik?


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
berbatu2 karang tu mak aihhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah sekali pun aku minum lagi tea bubble ni..tak.teringin nk beli..anak2 aku pun x pernah order atau beli.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2023 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Manis jugak bubble tea ni kalo ko x request nak no sugar or slight sugar...warga Taiwan ada kidney stone problem tapi xde kencing manis kah? Manakala ummah Malaysia jua yg tggi kencing Manis..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp pelik. Boba tu buat dr tpung ubi ke tpung sagu kan. Pesal jd batu karang. Punca batu karang bkn ka mknn seafood mcm udang kerang ketam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebab boba pearls tu jadi batu karang. Tapi sebab kurang minum air kosong. Kalau nak harapkan air dari boba tea tu, berapa ml air je. Sehari dia mampu beli berapa cawan air boba je pon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 16-12-2023 05:18 PM
X pernah sekali pun aku minum lagi tea bubble ni..tak.teringin nk beli..anak2 aku pun x pernah order ...

Iolss penah try kwn anak iolss paksa minum..Manis ya ampun.. lps tu dia mcm kenyal2 nk kunyah pd iolss..mls iolss .rs terganggu..Kalo cingcau tu lembut je kan kita gigit n telan...nsb baik anak2 iolss pun x suka.. tah pd iolss mcm terganggu dgn boba Tu..kalo cendoi,cingcau tu ok lg..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 02:40 AM | Show all posts
dia tu tentu ada problem dgn hypercalcaemia tu
ada PTH problem agaknya

minum bubble tea takde kene mengena dgn batu hempedu lah
saya ada buka thread pasal ni dulu tuh

https://b.cari.com.my/forum.php? ... p;extra=&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 03:08 AM | Show all posts
meols selalu je beli Tealive bubble tea, sekarang pon tengah ada promo beli 1 percuma 1 sampai 31dec ni kalau chuols tak nak memanis, boleh pilih less atau no sugar yachh..tapi jangan la minum hari2 nyah ko dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Best apa kunyah bubble tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Boba ni contain caffeine kan?ummah taiwanese pongg ada yg hazabedah ye hadap bijik tahi kamben nih…
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols memang tak add boba kalau beli tealive ke coolblog ke.. haus2 nak minum kene sedut kunyah boba ahhh kacauuu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 11:34 AM | Show all posts
migha soeb watitetek tak bayo kwsp dah tawu ke berita nehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoooo ngilu buah pinggang aku tengok!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 pun selalu keluar berita pasal bubble tea ni. Dulu ada sorang tu, bila lepas operate doktor jumpa bertimbun2 bubble tea tak boleh digest. Sejak tu aku tak pernah minum bubble tea ni lagi Chinese yang suka sangat. Benda ni susah nak digest
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2023 12:15 PM | Show all posts
Tapi bubble tea memang sedap kan? Zaman uni diorang jual 3 hengget je one cup.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list