View: 5805|Reply: 7
|
Haram Lelaki Salam Dan Peluk Maknyah Kalau Ada Rasa Syahwat
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Bersalaman dan berpelukan antara seseorang lelaki dan ‘maknyah’ dilarang dan diharamkan sekiranya ia membawa kepada timbulnya fitnah, perasaan syahwat dan seumpamanya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, bagaimanapun, jika perbuatan bersalaman dan berpelukan itu tidak membawa kepada fitnah, tohmahan, perasaan syahwat dan seumpamanya, ia diharuskan sekiranya ada keperluan terutamanya dalam konteks dakwah.
Gambar Hiasan
“Lebih-lebih lagi, jika dia seorang pendakwah yang ingin berdakwah kepada golongan seperti ini kepada jalan kebaikan, dan ia adalah salah satu pendekatan dakwah dalam mendekati mad‘u.
“Begitu juga jika mad‘u tersebut sedang dalam proses menerima dan berubah ke arah lebih baik, dan bukannya mereka yang masih menzahirkan kemaksiatan melalui penyerupaan dengan wanita dan mencabar hukum agama,” katanya menerusi penjelasan soal jawab agama pada aplikasi Alinarah.
Beliau berkata demikian menjawab soalan pengirim yang memohon pencerahan mengenai hukum seseorang lelaki bersalaman atau berpelukan dengan ‘maknyah’.
Zulkifli berkata, ulama mengecualikan hukum sunat bersalaman kepada golongan yang disebutkan sebagai amrad al-jamil.
“Amrad di sisi fuqaha’ ialah mereka yang tidak tumbuh janggut atau bulu mengikut kebiasaan lelaki. (Bujairimi ‘ala Khatib, 3/324). Dalam erti kata lain, amrad yang dimaksudkan ulama ialah lelaki yang rupanya seakan-akan wanita,” jelasnya.
Beliau berkata, asas kepada pengharaman bersalam dengan golongan amrad ini sangat jelas hikmahnya.
“Islam tidak menghina golongan amrad, tetapi pengharaman ini demi mengelakkan terjadinya kemungkaran. Jelas pada hari ini, apabila kes homoseksual yang dilaporkan melanda.
“Bermula daripada kes guru meliwat murid di sekolah hinggalah kes perlakuan homoseksual yang melibatkan sesama orang dewasa. Inilah di antara hikmah larangan tersebut. Kami melihat adanya penyerupaan di antara larangan untuk bersalaman dengan amrad dengan golongan transgender.
“Bahkan larangan untuk bersalaman dengan transgender adalah lebih tegas lagi kerana ‘illah kepada larangan itu adalah untuk mengelakkan daripada terjatuh ke dalam kemungkaran dan syahwat,” tegasnya.
Ujarnya, golongan amrad adalah mereka yang semulajadi mempunyai rupa paras menarik.
“Akan tetapi golongan transgender ini sengaja mengubah rupa paras agar menyerupai jantina yang berbeza daripada jantina sewaktu kelahiran. Maka, larangan bersalaman ketika bersyahwat dengan golongan transgender lebih kuat dari segi ‘illahnya,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik nak haramkan jah.. macam jantan2 tu tak boleh kawal napsu pulak. Ada jah ostad tgk laki remaja pun boleh tegang ciknek heols |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tanya Ridhuan Tee ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 15-12-2023 10:20 AM
Asyik nak haramkan jah.. macam jantan2 tu tak boleh kawal napsu pulak. Ada jah ostad tgk laki remaja ...
Kalo boleh kawal napsu....takdanyer pazzpizzpuzz engage si chot jadi babysitter nyanmanyambek....instead pinoy ler kheunz? Sebab dia tahu lakinyer rambang mata?
Kahkahkahkahkahkab |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm Kes Agus tu stim dgn wahab adalah beliau jgk diharamkan utk bersalaman dgn wahab? |
|
|
|
|
|
|
|
tingat gambar si sayu dulu senyum simpul sambil peluk2 maknyah, pastu sengaja duduk atas katil sementara maknyah2 tu berdiri berbual dgn dia - mata betol2 selevel dgn tetek dia org. |
|
|
|
|
|
|
| |
|